Setan jangki

spesies ikan From Wikipedia, the free encyclopedia

Setan jangki
Remove ads

Setan jangki (Gasterochisma melampus) ialah sejenis ikan bertulang bersirip ruji penghuni lautan dalam keluarga kembung, Scombridae – sebuah keluarga yang dikongsikan dengan aya, kembung, tenggiri dan bonito. Namun, tidak seperti 50 spesies daripada empat suku tersebut, spesies ini unik kerana ia satu-satunya skombrid yang dikelaskan berasingan daripada yang lain, dalam subkeluarga Gasterochismatinae dan genus Gasterochisma.[2][3][4]

Fakta Segera Status pemuliharaan, Pengelasan saintifik ...

Nama tempatannya, ikan setan jangki, dipakai khusus di Indonesia bagi merujuk kepada spesies ini.[5] Dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil butterfly kingfish.

Remove ads

Penerangan

Anak setan jangki dicirikan dengan sirip pelvis besar lebih panjang daripada kepala, dan akan sama panjang setelah ikannya dewasa. Pada mana-mana saiz, sirip pelvisnya terlipat menjadi alur ventral mendalam, hampir sama dengan spina dorsal pertama pada semua skombrid. Spesies ini mempunyai sisik sikloid yang sangat besar, di bawah lapisan lemak yang tebal. Pundi renangnya mempunyai dua unjuran anterior yang memanjang ke belakang tengkorak, berdekatan telinga dalam.[6] Ikan ini tiada lunas pertengahan pada pedunkel kaudal – ia hanya mempunyai pasangan lunas kecil pada setiap sisi pangkal sirip kaudal, seperti skombrid yang lain. Ia mempunyai 21 vertebra prakaudal, serta 23 vertebra kaudal.[7]

Thumb
Lukisan ikan setan jangki

Ikan ini dapat ditemukan di seluruh dunia di selatan perairan sederhana pada suhu 8–15 °C (46–59 °F), namun lebih umum lagi di bawah 10 °C (50 °F), dan pada kedalaman 200 m (660 ka) di laut lepas. Ia membesar sehingga panjang 1.64 m (5.4 ka).[8]

Kebanyakan ikan bertulang adalah ektotermik atau berdarah sejuk, tetapi spesies ini, hampir seperti tuna terdekat, adalah endotermik dan boleh menaikkan suhu tubuh mencapai tingkat pentermokawalaturan.[9] Ia mempunyai organ pemanas otak yang muncul daripada otot mata rektus lateral, berlainan daripada mersuji yang pemanasnya muncul daripada otot rektus superior.[7]

Remove ads

Etimologi

Gasterochisma terbit daripada Bahasa Yunani Kuno: γαστήρ, (gaster), perut, dan χίασμα (chiasma) "persilangan; bentuk-X; tanda 'X'".[10]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads