Gipsum
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Gipsum, cioko, sekau atau medang sila[1] ialah mineral sulfat lembut yang terdiri daripada kalsium sulfat dihidrat, dengan formula CaSO4·2H2O.[2] Ia digunakan secara meluas dan digunakan sebagai baja, dan sebagai penyusun utama dalam pelbagai bentuk plaster, kapur papan hitam dan dinding. Skala kekerasan mineral Mohs, berdasarkan perbandingan kekerasan gores, mentakrifkan kekerasan nilai 2 sebagai gipsum. Ia terbentuk sebagai mineral evaporit dan sebagai produk penghidratan anhidrat.[3]
Remove ads
Peristilahan
Nama cioko dan sekau masing-masing menyerap daripada sebutan bahasa Hokkien perkataan bertulis 石膏 iaitu chio̍h-ko dan sa̍k-kâu dalam Pe̍h-ōe-jī.[4]
Kegunaan
Gipsum juga mempunyai keunggulan tersendiri, kerana tidak menggunakan proses pembakaran. Beragam jenis ciptan yang bisa dihasilkan dari kerajinan berbahan dasar gips ini sudah tidak asing lagi dilihat ketika di pasaran dan memiliki ragam jenis seperti:
- Frame foto
- Celengan dari gips
- Beragam bentuk boneka
- Souvenir
- Tempat tusuk gigi
- Gantungan baju
- Dekorasi ornamen
- Dsb.
Dalam makanan
Gipsum dibubuh ke dalam air perahan kacang kedelai dengan kadar kalsium yang tinggi untuk menggumpal keladak yang dijadikan makanan seperti tauhu dan tau fu fah.[5]
Dalam perubatan
Batu ini pernah dijadikan bahan penawar racun dan pening mabuk dalam ubat tradisi Melayu dengan dikisar lumat dan dilarut air bersama tebu merah dan timah hitam sebelum diminum.[6]
Dalam seni
Sejenis bahan berasaskan gipsum putih yang halus atau ringan iaitu pualam telah digunakan untuk patung oleh banyak budaya termasuk Mesir kuno, Mesopotamia, Rom Purba, Empayar Byzantium dan England pada zaman pertengahan.
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
