Glock 18
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Glock 18C merupakan sebuah pistol automatik buatan Austria yang kedua selepas Glock 17. Ia menggunakan kaliber peluru 9 x 19 mm. Jika dibandingkan dengan pistol Glock yang lain, Glock 18 memiliki 2 siri tembakan yang terdiri daripada tembakan separa automatik dan tembakan automatik (dengan semburan 3 butir peluru) yang menjadikan senjata ini sesuai digunakan sebagai Senjata Pertahanan Diri. Pistol ini boleh menggunakan kelopak peluru dari 15 butir hingga 30 butir. Selain itu, ia juga boleh dilengkapi dengan aksesori tambahan seperti udi khas, pajera laser, tangkai pemegang, lampu Surefire dan penyenyap bunyi.
Di Amerika Syarikat, Glock 18 yang digunakan oleh agensi penguatkuasa undang-undang menggunakan kelopak pistol Glock 17, yang mana boleh diisi dengan 17 atau 19 butir peluru. Kadang kala, Glock 18 juga menggunakan kelopak khas yang boleh diisi sehingga 31 atau 33 butir peluru. Akan tetapi, kelopak ini jarang digunakan. Hanya sedikit pistol Glock 18 yang digunakan oleh orang awam berdasarkan Akta Senjata Api Kebangsaan. Pistol versi untuk kegunaan orang awam boleh didapati dengan harga lebih AS$ 90,000.
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads