Gorō Miyazaki
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Gorō Miyazaki (宮崎 吾朗, Miyazaki Gorō, kelahiran 21 Januari 1967) merupakan pengarah filem dan pereka bentuk landskap Jepun. Dia adalah anak kepada juruanimasi Hayao Miyazaki, yang merupakan salah satu pengasas Studio Ghibli. Digambarkan sebagai "enggan" mengikut jejak langkah ayahnya, Gorō pada mulanya bekerja sebagai pereka bentuk landskap untuk beberapa tahun sebelum menceburi industri perfileman.[2] Dia telah mengarah tiga filem — Tales from Earthsea (2006), From Up on Poppy Hill (2011), dan Earwig and the Witch (2020).
Remove ads
Biografi
Miyazaki dilahirkan kepada juruanimasi Hayao Miyazaki dan Akemi Ōta di Tokyo. Semasa membesar, Gorō dan adiknya Keisuke menemui lakaran karya ibu bapa mereka.[1] Sebagai pelajar sekolah menengah, Gorō berfikir bahawa dia "tidak akan pernah mencapai tahap yang telah dicapai [oleh ayahnya]." Gorō sebaliknya memutuskan untuk membina minat dalam seni bina landskap. Setelah lulus dari Sekolah Pertanian Universiti Shinshu, Gorō kemudian bekerja sebagai perunding pembinaan dalam merancang dan mereka bentuk taman dan kebun. Pada tahun 1998, Goro terlibat dalam reka bentuk Muzium Ghibli di Mitaka, dan berkhidmat sebagai pengarahnya dari tahun 2001 hingga Jun 2005.[3][4]
Remove ads
Kerjaya animasi
Filem pertama Miyazaki ialah Tales from Earthsea, sebuah adaptasi dari siri buku Earthsea dikarang oleh Ursula K. Le Guin. Ditulis oleh Miyazaki dan Keiko Niwa, filem ini dibintangi oleh Junichi Okada, Bunta Sugawara dan Aoi Teshima . Pada asalnya menyertai projek animasi itu sebagai perunding, Miyazaki diminta untuk melukis papan cerita. Setelah melihat papan ceritanya, penerbit Toshio Suzuki memutuskan Miyazaki patut mengarahkan filem tersebut.
Langkah menjadikan Gorō sebagai pengarah filem itu menyebabkan perbalahan antara Gorō dan ayahnya, yang merasakan bahawa anaknya tidak mempunyai pengalaman untuk mengarahkan filem; kedua-duanya dikatakan tidak bercakap sepanjang perkembangan filem itu.[5] Walaupun begitu, Gorō Miyazaki bertekad untuk menyelesaikan projek tersebut.[6]
Pada 28 Jun 2006, Gorō mengadakan pratonton pertama Tales from Earthsea yang sudah siap, yang dihadiri oleh ayahnya. Hayao dilihat telah "menerima Gorō" dan setelah itu, menyampaikan pesanan kepada anaknya, mengatakan filem itu "... dibuat dengan jujur. Filem itu bagus."[7] Filem itu dilancarkan pada 29 Julai 2006, mendapat ulasan positif, tetapi mendapat ulasan yang bercampur apabila dibandingkan dengan filem Ghibli yang lain, dan menjana pendapatan $68 juta di seluruh dunia.[1] Namun, Miyazaki dianugerahkan Anugerah Bunshun Raspberry Jepun untuk "Pengarah Terburuk", dengan Tales ftom Earthsea menerima anugerah "Filem Terburuk", pada akhir tahun 2006.[8] Pada 2007, filem ini dicalonkan untuk Tahun Ini (kalah kepada The Girl Who Leapt Through Time)[9] dan terpilih dalam bahagian Out of Competition di Festival Filem Venice ke-63.[10]
Pada tahun 2011, Miyazaki mengarahkan From up Poppy Hill, berdasarkan manga Kokurikozaka kara tahun 1980 yang dikarya oleh Chizuru Takahashi dan Tetsurō Sayama.[11] Adaptasi itu ditulis oleh Hayao Miyazaki dan Keiko Niwa dan filem itu dibintangi oleh Masami Nagasawa, Keiko Takeshita, Yuriko Ishida, Jun Fubuki, Takashi Naito, Shunsuke Kazama, Nao Omori dan Teruyuki Kagawa. Miyazaki juga menyuarakan watak guru sejarah dunia dan menulis lirik untuk beberapa lagu yang digunakan dalam filem itu. From up on Poppy Hill dilancarkan pada 16 Julai 2011 di Jepun, mendapat ulasan positif. Filem itu memenangi Anugerah Akademi Jepun untuk Animasi Terbaik Tahun Ini.[12]
Pada 31 Januari 2014, diumumkan bahawa Gorō Miyazaki akan mengarahkan siri televisyen anime pertamanya, Ronja, the Robber's Daughter, adaptasi dari Ronia, the Robber's Daughter karya Astrid Lingren untuk NHK.[13] Siri ini menggunakan animasi komputer, diterbit oleh Polygon Pictures, dan diterbit bersama Studio Ghibli. Siri televisyen itu berlangsung selama satu musim, dari 2014 hingga 2015, dengan jumlah 26 episod.[14][15]
Pada bulan Mei 2020, Toshio Suzuki mengesahkan bahawa filem baru dari Gorō Miyazaki berada dalam pengembangan di Studio Ghibli.[16] Pada 3 Jun 2020, Studio Ghibli mengumumkan bahawa filem itu merupakan sebuah adaptasi dari novel Earwig and the Witch karya Diana Wynne Jones. Filem ini diumumkan sebagai filem Ghibli pertama yang sepenuhnya menggunakan animasi CG 3D dan dijadualkan untuk tayangan perdana televisyen di NHK pada musim sejuk 2020, dengan tajuk Earwig and the Witch (アーヤと魔女, Āya to Majo).[17][18][19][20]
Remove ads
Karya
Filem
- Tales from Earthsea (2006), pengarah dan penulis skrip
- From Up on Poppy Hill (2011), pengarah
- Earwig and the Witch (2020), pengarah
Siri TV
- Ronja, the Robber's Daughter (2014), pengarah
Rujukan
Pautan luaran
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads