Mikhail Gorbachev
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Mikhail Sergeyevich Gorbachev[1] (Михаи́л Серге́евич Горбачёв, IPA: [mʲɪxɐˈil sʲɪrˈgʲeɪvʲɪʨ gərbɐˈʨof]; lahir 2 Mac 1931 – 30 Ogos 2022) merupakan seorang ahli politik Rusia. Beliau ialah Setiausaha Agung Parti Komunis Kesatuan Soviet dan juga ketua negara KRSS paling akhir, yang berkhidmat sejak tahun 1985 sehingga tumbangnya negara itu pada tahun 1991. Usaha-usaha pembaharuan (perestroika) dan ketelusan (glasnost) beliau, serta persidangan kemuncak dengan Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan, menyumbang kepada berakhirnya Perang Dingin, dan juga menamatkan kebesaran politik Parti Komunis Kesatuan Soviet serta membawa kepada pembubaran Kesatuan Soviet. Beliau dikurniakan Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1990, dan kini merupakan pemimpin Kesatuan Demokrat Sosial[2], sebuah parti politik yang diasaskan selepas pembubaran rasmi Parti Demokratik Sosial Rusia pada tahun 2007.
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Indonesia. (September 2022)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Beliau meninggal dunia pada 30 Ogos 2022 ketika berusia 91 tahun.[3]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads

