Harold Godwinson

From Wikipedia, the free encyclopedia

Harold Godwinson
Remove ads

Harold Godwinson (s.1022 – 14 Oktober 1066), sering kali dipanggil Harold II, merupakan raja Anglo-Saxon terakhir yang dimahkotakan di England. Harold memerintah daripada 6 Januari 1066[1] sehingga kematian beliau di pertempuran Hastings, menentang para penceroboh Norman yang dipimpin oleh William si Penakluk semasa penaklukan Norman ke atas England. Kematian beliau menandakan penamat kepada pemerintahan Anglo-Saxon di England.

Fakta Segera Raja England, Pemerintahan ...

Harold adalah seorang earl yang berkuasa dan anggota sebuah keluarga Anglo-Saxon yang terkenal yang mempunyai ikatan dengan Cnut si Agung. Setelah kematian abang ipar beliau, Raja Edward si Pengaku pada 5 Januari 1066, Witenagemot telah bersidang dan memilih Harold untuk menaiki takhta; beliau merupakan raja England pertama yang dirajakan di Westminster Abbey. Pada akhir bulan September, beliau berjaya mengundurkan satu serangan yang dibuat oleh pesaing takhta iaitu Harald Hardrada dari Norway sebelum membawa pasukan tentera beliau ke selatan untuk bertemu dengan William si Penakluk di Hastings dua minggu kemudian.

Remove ads

Nota

    Petikan

    Rujukan

    Bacaan lanjut

    Pautan luar

    Loading related searches...

    Wikiwand - on

    Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

    Remove ads