Hassan Mahmud
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Dato' Ustaz Haji Hassan Mahmud al Hafiz ialah seorang agamawan dan pendakwah Islam di Malaysia. Beliau telah dilantik menjadi pengetua program rancangan realiti Imam Muda, dan seorang juri jemputan Tahfiz 9 2012. Beliau juga merupakan mantan imam Masjid Negara.[1]
Remove ads
Keluarga dan pendidikan
Hassan Mahmood dilahirkan pada 11 September 1948 di Kampung Padang Keria, Sanglang, Perlis. Nama penuh beliau adalah Alam bin Mahmud. Ibu beliau bernama Putih binti Lebai Man. Ayah beliau, Mahmud bin Mat Piah mempunyai tujuh orang anak dan Hassan merupakan anak yang keempat. Selang beberapa tahun, ayahnya telah dijemput Ilahi. Kemudian, ibunya berkahwin dengan ayah tirinya, dan dikurniakan empat orang cahaya mata[2].
Hassan mendapat pendidikan awal ketika berumur tujuh tahun di Sekolah Umum Padang Keria, Sanglang (19551960). Kemudian beliau mendapatkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Arab Bohor Mali, Kayang, Perlis (1961-1963). Selepas mengambil Sijil Rendah Pelajaran (SRP) secara persendirian, beliau berjaya diterima untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Al- Alawiyah, Arau (1964-1965) dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selepas beliau tamat SPM, beliau berjaya mendapat biasiswa kerajaan negeri Perlis untuk melanjutkan pelajaran menghafal al-Quran di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Masjid Negara. Beliau berjaya menamatkan hafalan al-Quran dalam tempoh tiga tahun ketika berusia 23 tahun (1969-1971). Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian selama enam tahun di Universiti Al-Azhar, Mesir di peringkat sarjana muda Qiraat dan Usuluddin[2].
Remove ads
Mudir Imam Muda
Hassan telah dilantik menjadi mudri (pengetua) bagi sebuah rancangan realiti Islamik terbitan Astro Oasis, Imam Muda[3]. Beliau telah menjadi mudir untuk kesemua tiga musim[4][3] yang dianjurkan.
Menyertai AMANAH
Hassan telah menyertai Parti Amanah Negara pada 22 September 2018. Penyertaannya telah diumumkan oleh Naib Presiden parti itu, Mahfuz Omar di Temerloh, Pahang[5].
Anugerah dan pengiktirafan
Pahang
- Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) - 2010 - Dato'
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads