Hattan

Penyanyi, pelakon dan penggubah lagu Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Hattan
Remove ads

Yang Hormat Dato' Haji Mohd Shukri bin Shahabudin (lahir 21 Disember 1964)[1][2] atau lebih dikenali sebagai Hattan merupakan seorang penyanyi rock, pemuzik, pelakon dan penggubah lagu Malaysia. Lagu "Memburu Rindu" ciptaan M. Nasir telah menaikkan nama Hattan selaku penyanyi solo yang popular di awal tahun 1991.

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kerjaya muzik

Beliau dilahirkan di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Sebelum bergiat aktif sebagai pemuzik dan pemain gitar irama untuk menubuhkan kumpulan Backyard (kini dipanggil Handy Black) bersama Mahmud (penyanyi), Rosli "Lee" Jantan (gitar utama), Halim (bes) dan Amy XPDC (dram) pada tahun 1983 hingga 1986. Pada tahun 1986, Hattan telah keluar dari Backyard dan kumpulan ini menukar namanya menjadi Handy Black. Selepas Hattan keluar dari Backyard (Handy Black), beliau telah meneruskan kerjaya sebagai penyanyi solo Hattan pernah menganggotai Kumpulan FRU dan pernah merakamkan album yang berjudul Kelahiran pada tahun 1988.

Beliau kemudiannya meneruskan kerjaya sebagai penyanyi solo dan telah melahirkan deretan album-album yang mengandungi banyak lagu popular sepanjang zaman. Antara lagu-lagu beliau yang masih menjadi siulan sehingga kini ialah Memburu Rindu, Mahligai Syahdu, Dari Kekasih Kepada Kekasih, Rendang Tak Berbuah, Rindu Bertandang Lagi dan Rona-rona Cinta. Beliau juga turut mempopularkan loghat Negeri Sembilan menerusi lagu Biso Bonar.

Karakter vokal yang dimiliki beliau juga unik dan menjadikan beliau salah seorang penyanyi rock lagenda tanahair. Maka tidak hairanlah beliau kerap diberi peluang merakamkan semula lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh penyanyi lain namun dengan cara dan identitinya tersendiri.

Hattan juga dikenali sebagai antara penyanyi yang lantang mempersoalkan kemasukan lagu-lagu artis luar negara yang adakalanya dilihat agak berlebihan dalam industri muzik tempatan. Sikap terus-terang beliau ini agak kurang disenangi beberapa pihak.

Penglibatan dalam program realiti tv

Hattan diberi tugas untuk mendidik protege bernama Alynn dalam rancangan Mentor musim pertama pada tahun 2005. Bagaimanapun Alynn tidak berjaya memasuki peringkat akhir.

Kemudian beliau menjadi pengkritik tetap Akademi Fantasia 2007 dan telah dilantik sebagai pengetua Akademi Fantasia 2014.

Pada tahun 2015 beliau bergandingan bersama Ajak Shiro dalam kumpulan Juri untuk menggantikan Awie sementara waktu di Juara Parodi. Pada peringkat akhir Kumpulan Juri mendapat Tempat Ketiga.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Beliau pernah berkahwin dengan Arianie Mohd Abidin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Adam Eiman (lahir 1998).

Beliau kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Farah Asyikin Othman, pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti sebelum bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah pada 12 Januari 2012.[3]

Beliau kembali menikahi bekas isterinya Datin Arianie pada 24 Julai 2013.[4]

Remove ads

Diskografi

Album Berkumpulan

  • War Rock 1 (1987) - Pelbagai Artis (Bersama kumpulan Pratayuda)
  • FRU - Kelahiran (1988)

Album Studio (Solo)

Album kompilasi

  • Meniti Perjalanan (1998)
  • Terbaik Hattan (2002)
  • Rock Malaya - Greatest Hits 1990-2005 (2005)

Lagu Hits Nombor 1

Anugerah Juara Lagu

Dato' Hattan pernah beberapa kali menyertai pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL) iaitu seperti berikut:

Lagu ciptaan

Beliau turut berbakat dalam bidang penciptaan lagu, antaranya:

  • Michelle - Kris (1993)
  • Misteri Kasih - Kris (1993)
  • Biso Bonar - Hattan (1998)
  • Aku Tahu Aku Rindu - Nora(2001)
  • Memandu Nafsu - Search(1990)

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Peserta

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Penghargaan

Penghargaan Malaysia

  •  Pahang :
    • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2012) [5]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads