Heckler & Koch UMP

From Wikipedia, the free encyclopedia

Heckler & Koch UMP
Remove ads

Heckler & Koch Universal Machinenpistole (Universal Machine Pistol) atau lebih dikenali sebagai HK UMP merupakan sebuah senjata submesingan yang direka cipta oleh syarikat persenjataan terkemuka di Jerman iaitu Heckler & Koch.

Fakta Segera Jenis, Tempat asal ...
Remove ads

Pengenalan

Heckler & Koch UMP ialah salah satu evolusi daripada sistem senjata MP5 yang sedia ada dan ia seperti satu kerangka submesingan yang belum siap sepenuhnya. Reka bentuk amat mudah dan semua tombol kawalan diletakkan pada kedudukan yang mampu memberikan pengguna mengendalikannya dengan pantas dan berkesan.

Bahagian badan UMP diperbuat daripada bahan gentian kaca dan digabungkan dengan bahan plastik polimer yang menjadikan senjata ini bertambah kukuh dan ringan. Tambahan lagi, berat UMP bagi kaliber 9 mm ini ialah 0.45 kg (bersamaan 1 lb) beratnya dengan peralatan bagi MP5. Sistem ini menggunakan kitaran mekanikal dengan melalui sistem gas dan juga menggunakan sistem bolt tertutup yang menjadikannya begitu efektif bagi pertempuran jarak dekat. Selain itu, terdapat tapak bagi memasang landasan Picatinny pada bahagian atas dan bawah laras serta kiri dan kanan pengadang tangan yang membolehkan ia boleh dikembarkan dengan mana-mana peralatan sokongan bagi pengoperasiannya di kawasan pertempuran. Bahagian udinya boleh dilipatkan ke sebelah kanan senjata dengan menekan butang pada bahagian belakang udi ke bahagian dalam. Sistem ini melaksanakan tembakan sebanyak 600 butir dalam seminit dan berkemampuan menjatuhkan sasaran yang tidak dilindungi dengan peralatan perlindungan, atau lebih dikenali sebagai stopping power. Sistem ini menggunakan 3 kekunci utama yang sama seperti senjata-senjata HK yang lain, iaitu S: Safe; Pengunci (Sicher), E: Separa Automatik (Einzelschuss), F: Semburan Automatik (Feuerstoß).

Kos pembuatan bagi senjata UMP ini juga dikatakan jauh lebih murah berbanding dengan senjata Heckler & Koch MP5. Hal ini boleh dilihat dengan reka bentuknya yang nampak jauh lebih mudah berbanding dengan senjata-senjata submesingan yang lain. Hal ini menjadikan sistem ini mampu dibeli oleh mana-mana organisasi keselamatan yang mempunyai pembelanjaan negara yang sederhana dan terhad.

Remove ads

Versi

Terdapat 3 versi bagi senjata UMP yang terdiri daripada UMP45 yang menggunakan peluru berkaliber .45 ACP, UMP40 berkaliber .40 S&W dan UMP9 bagi kaliber 9 mm. Setiap kelopak bagi UMP ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu kelopak 25 butir bagi .45 dan kelopak 30 butir bagi 9 mm dan .40 S&W. Versi kelopak .45 sebanyak 25 butir mempunyai bentuk segi empat memanjang dan lurus manakala 9 mm dan .40 berbentuk segi empat melengkung.

Remove ads

Lihat juga

Pautan luar

Maklumat lanjut Senarai senjata api ...
Remove ads
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads