Hektar

unit metrik bagi luas From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Hektar (simbol: ha) ialah sebuah unit keluasan yang tepat sama dengan 10,000 meter persegi, dan biasanya digunakan untuk mengukur keluasan tanah. Are, unit asasnya, ditakrifkan oleh bentuk-bentuk sistem metrik yang lebih lama, tetapi are dan hektar bukannya sebahagian sistem metrik moden. Comité International des Poids et Mesures mengelaskan hektar sebagai sebuah unit yang walaupun tidak merupakan sebahagian Sistem Unit Antarabangsa dijangka akan terus digunakan bagi tempoh masa yang tidak terbatas kerana ia menggunakan takrif yang tepat sama dengan unit asas SI.

Maklumat lanjut Unit, SI ...


Remove ads

Takrif

1 hektar = 100 are = 10,000 meter persegi = 100 meter × 100 meter

Oleh itu, satu hektar ialah keluasan untuk sebidang tanah segi empat sama yang sisinya adalah 100 meter panjang, iaitu satu hektometer persegi.

Namanya "hektar" ialah singkatan untuk awalan SI, hekto + are; satu hektar ialah 100 are.

Penjelasan

Hektar masih biasa digunakan di banyak negara, khususnya dalam bidang-bidang yang berkenaan dengan perancangan dan pengurusan tanah seperti pertanian, perhutanan, dan perancangan bandar yang penggunaan meter persegi adalah terlalu besar, dengan ketepatannya tidak diperlukan. Di Amerika Syarikat dan Kanada, ekar secara amnya masih digunakan untuk menghuraikan ukuran keluasan dalam keadaan-keadaan yang setanding.

Remove ads

Pertukaran

Satu hektar adalah tepat sama dengan:

Metrik

  • 10,000 meter persegi = 100 meter × 100 meter (10,000 sentiar)
  • 100 are
  • 1 hektometer persegi (segi empat sama dengan sisi 100 meter panjangnya)
  • 10 dekar
  • 0.01 kilometer persegi
  • 247,105.4 Link
  • 3.473 Relong

Unit Inggeris

Lain-lain

Lihat juga

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads