Herman Hollerith

From Wikipedia, the free encyclopedia

Herman Hollerith
Remove ads

Herman Hollerith (29 Februari 186017 November 1929) ialah ahli statistik Amerika Syarikat yang mengembangkan penjadual mekanik berasaskan kad tebuk untuk menjadualkan statistik jutaan data dengan pantas. Rekaannya telah digunakan untuk membanci penduduk Amerika Syarikat pada tahun 1887.

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Remove ads

Biografi ringkas

Dilahirkan di Buffalo, New York, Hollerith menyertai City College of New York pada tahun 1875 dan memperoleh ijazah "Jurutera Lombong" daripada Columbia University School of Mines pada tahun 1879. Pada tahun 1880, beliau mendaftarkan diri sebagai jurutera perlombongan semasa tinggal di Manhattan dan menghabiskan kursus kedoktorannya pada tahun 1890 di Columbia University. Pada tahun itu juga, Hollerith berkahwin dengan Lucia Beverley Talcott (18651944) dari Veracruz, Mexico dan dikurniakan dengan enam orang anak, iaitu tiga anak lelaki dan tiga anak perempuan.[1]

Selain daripada rekaannya, Hollerith dikatakan menghargai tiga perkara: warisan Jermannya, kebersendiriannya, dan kucingnya, Bismarck. Beliau juga suka akan wain dan cerut yang baik, lembu Guernsey, serta wang, tetapi tidak suka akan cukai harta, dan para jurujual yang diupah oleh Thomas J. Watson Sr. kerana amalan penjualan keras mereka.

Hollerith meninggal dunia pada tahun 1929 kerana serangan sakit jantung dan dikebumikan di Perkuburan Bukit Oak di Georgetown, Washington, D.C.

Remove ads

Lihat juga

  • Joseph Marie Jacquard
  • Kad tebuk
  • Mesin penjadualan
  • Pemalar Hollerith

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads