Hijaz
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Hijaz (Arab: ٱلْحِجَاز, rumi: al-Ḥijāz "tembok"; diinggeriskan kepada Hejaz) adalah sebuah wilayah di sebelah barat Arab Saudi[1] ditakrifkan terutamanya sebagai kawasan pergunungan yang membahagi atau memisahkan (justeru terbitan kata kerja حَجَزَ ḥajaza "mengasingkan"[2]) kawasan pesisiran di Laut Merah yakni Tihamah di belah barat dan Najd di belah timurnya[3] menjangkau dari Haql di Teluk Aqaba sehingga ke Jazan.
![]() | Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Arab. (Mei 2024)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|

Wilayah Hijaz menempatkan kota-kota Mekah dan Madinah sekaligus memiliki kepentingan sejarah dan politik kepada umat Islam terutamanya penganut dalam kalangan bangsa Arab.
Remove ads
Sejarah
Ketika di bawah kekuasaan kerajaan Empayar Uthmaniyyah hampir sepanjang sejarahnya, wilayah Hijaz akhir berjaya memisahkan kawasannya pada awal abad ke-20.
Wilayah Hijaz adalah salah satu wilayah kerajaan Empayar Uthmaniyyah yang ditadbir hingga muncul pemberontakan oleh T. E. Lawrence (alias "Lawrence of Arabia") dari British pada masa Perang Dunia I. Pada 1916 kemerdekaannya diisytiharkan oleh Sharif Hussein ibnu Ali, gabenor Makkah. Pada 1924, kekuasaan ibnu Ali dirampas ibnu Saud dari negara tetangganya, Nejd. Perebutan ini membawa titik penting bagi terbentuknya negara Kerajaan Hijaz dan Nejd dan kemudian Arab Saudi.
Remove ads
Kota
Lihat juga
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads