Hot FM

Stesen radio Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Hot FM (digayakan sebagai hotfm) ialah sebuah siaran radio berbahasa Melayu Malaysia. Ia dimiliki oleh Synchrosound Studios Sdn Bhd, anak syarikat Media Prima Berhad bersama Fly FM, sebelum kemunculan Eight FM, Kool FM dan Molek FM. Siarannya dipancarkan dari Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur.

Fakta Segera Bandar, Negara ...

Pada asalnya, ibu pejabat saluran radio ini bersiaran dari Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor sebelum bersiaran sepenuhnya di Balai Berita, Bangsar pada 23 Disember 2024 sama seperti yang berlaku pada Fly FM, Kool FM, Eight FM dan Molek FM apabila berpindah ke ibu pejabat New Straits Times Press pada tahun 2024 dan tahun 2025.

Remove ads

Sejarah

Hot FM majlis pelancaran rasmi sepenuhnya bermula komersial secara nasional pada 6 Februari 2006.

Pada tahun 2009, Hot FM mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya menduduki tempat teratas di kalangan semua stesen radio di Malaysia dengan 3.8 juta pendengar mingguan, sekaligus berjaya mengatasi musuh tradisinya Era FM yang hanya meraih 3.76 juta pendengar mingguan.[1] Hot FM mengambil alih frekuensi wow.fm[2] setelah wow.fm menutup operasi dan dibeli oleh Media Prima.

Pada tahun 2011, Hot FM pernah melancarkan dua saluran radio khusus bagi pendengar Pantai Timur iaitu Hot FM T'ganu dan Hot FM Kelate. Kedua-dua saluran tersebut bertahan sehingga tahun 2015.

Pada tahun 2015, Hot FM dilakonkan Azan dari Hazamin Inteam bersama Subuh Zohor Asar Maghrib dan Isyak bersama TV1, sebelum Azan Asar

Sebelum 2016, seperti stesen saudara utamanya, Hot FM tidak mempunyai sebarang stesen di Sabah dan Sarawak.

Hot FM bersiaran ke udara selama 24 jam sehari dan diterajui oleh bekas penyampai Era FM, Seelan Paul sebagai Pengarah Rangkaian.

Hot FM hentikan semua lagu Melayu 90-an dan 80-an pada pelancaran Kool FM (sekarang Kool 101) pada 3 Mac 2016 tapi kembali semula semua lagu Melayu 90-an secara rasmi pada 1 Jun 2022 kerana telah rasmi melancarkan format radio baharu kepada Kontemporari Dewasa Hangat.

Pada 4 Mei 2021, Hot FM bersiaran serentak di TV3 pada setiap Selasa hingga Sabtu jam 1:30 pagi - 2:30 pagi sehingga 1 September 2022. Juga bersiaran serentak di NTV7 pada setiap hari jam 12:00 tengah malam - 7:00 pagi bermula 4 April 2022.

Kini Hot FM bersiaran Ahad Hingga Jumaat pukul 12:00 tengah malam hingga pukul 9:30 pagi dan setiap Sabtu pukul 12 tengah malam hingga pukul 7 pagi di NTV7.

Pada 2 Ogos 2021, Hot FM telah rasmi melancarkan cogan kata baharu kepada "Kini Lebih Muzik Yang Hangat" mereka telah mengurangkan lagu ketuhanan/nasyid dipasang sebelum dan selepas azan fardu tetapi kembali dipasang semula pada sebelum azan fardu

Pada 29 November 2021, frekuensi Hot FM di Kota Bharu, Kelantan yang dipancar dari Peringat telah ditukar frekuensi daripada 105.1 MHz kepada 88.6 MHz untuk menggantikan Buletin FM (selepas Kool FM dan sekarang Kool 101) yang telah menamatkan siarannya.

Pada 28 Mac 2022 hingga 22 September 2023, Hot FM tidak lagi bersiaran sementara melalui platform MYTV.[3]

Stesen radio ini menggunakan cogan kata "Yang Hangat dan Terbaik" sejak 1 Ogos 2022 sehingga 17 Mei 2023, sebelum ditukar ke "Terpaling Hangat dan Cool" pada 18 Mei 2023 kemudian tukar semula ke Yang Hangat dan Terbaik pada 12 Jun 2023.

Pada 2 Julai 2023, stesen radio ini telah diumumkan sebagai stesen nombor 1 di Malaysia dengan 3.8 juta pendengar mingguan menurut Pandangan Pengguna dan Media Nielsen pada tempoh Julai 2022 hingga Jun 2023. [4]. Walau bagaimanapun, stesen radio ini masih menduduki kedudukan nombor 3 stesen radio berbahasa Melayu menurut Khalayak Radio GfK Gelombang 2 2023 dengan 3.74 juta pendengar mingguan.

Tetapi, Mulai 1 Oktober 2024, Hot FM bersiaran setiap hari pukul 12 tengah malam hingga pukul 7 pagi di NTV7.

Remove ads

Penyampai Radio

Penyampai Harian

Maklumat lanjut Nama, Nama samaran ...

Penyampai Hujung Minggu

  • Han Kabir
  • DYDA

Bekas Penyampai

Maklumat lanjut Nama, Nama samaran ...

Penyampai Hot FM T'ganu (2011-2015)

Maklumat lanjut Nama, Nama samaran ...

Penyampai Hot FM Kelate (2011-2015)

Maklumat lanjut Nama, Nama samaran ...
Remove ads

Program

Isnin - Jumaat

Maklumat lanjut Segmen, Penyampai ...

Sabtu

Maklumat lanjut Segmen, Penyampai ...

Ahad

Maklumat lanjut Segmen, Penyampai ...

Frekuensi

Aktif

Radio

Maklumat lanjut Frekuensi, Kawasan ...

Tidak aktif

Radio

Maklumat lanjut Frekuensi, Kawasan ...

Televisyen

Maklumat lanjut Platform TV, Saluran ...
Remove ads

Rancangan Pagi di Hot FM

Segmen Pagi Hot FM adalah antara segmen popular di Malaysia. Pada mulanya, segmen pagi Hot FM dinamakan sebagai Hot FM AM Krew yang diterajui oleh dua penyampai popular Fara Fauzana dan Faizal Ismail. Marcapada, rancangan ini diterajui oleh Ajak Shiro, Fizie dan Haziq (2016) dan dinamakan Geng Pagi Hot. Pada 2 Ogos 2021, AG dan Fara Fauzana kembali ke udara yang berkenaan bersama Fad dan segmen pagi dinamakan sebagai Rakyat Rangers. Rancangan ini telah mendapat rating kira-kira 3 juta pendengar purata seminggu. Kini segmen pagi Hot FM dinamakan sebagai Bekpes Hot yang diterajui AG, Fara Fauzana & Johan.

Penyampai Radio Pagi

Maklumat lanjut Tahun, Penyampai ...
Remove ads

Rancangan Petang di Hot FM

Rancangan Petang Hot FM sering menjadi peneman rakyat Malaysia ketika berada dalam kesesakan lalu lintas. Anda boleh "chilax" dengan lagu-lagu Hit serta segmen menarik dalam Jam Hot (dulu dikenali sebagai Hot FM Jam). Rancangan ini pertama kalinya diterajui oleh dua penyampai yang berdarah Jawa, AG & Kieran dan dikenali sebagai "Jawarangers". Akan tetapi, mereka dipisahkan pada 2010. Sekarang ini, Jam Hot dikendalikan oleh penyampai paling lama di Hot FM, Deen bersama pelawak duo dari kumpulan Titan iaitu Issey dan Ammar. Selepas hal yang berlaku terhadap Ammar dalam rancangan "Sukan Tak Sentral" di TV3 yang menjadi kontroversi, Ammar digantung tugas sebagai pengacara dan penyampai radio. Kini segmen petang Hot FM dinamakan sebagai Hot Squad yang diterajui Fizi Ali & Aisha Mazlin.

Penyampai Radio Petang

Maklumat lanjut Tahun, Penyampai ...
Remove ads

Maskot

Hang Omar Timor

Diskografi

Hangatnya Raya (2010)

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads