I.D.

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

I.D: Swipe, Steal, Love ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2024 arahan Razaisyam Rashid dengan skrip oleh Ashraf Modee Zain. Dibintangi oleh Naim Daniel, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson, siri ini diterbitkan sebagai sebahagian daripada jenama Astro Originals dan memulakan tayangan perdana di Astro Premier bermula 23 Februari sehingga 12 April 2024 menggantikan Gamers Mangkuk.[1][2][3]

Fakta Segera Genre, Pencipta ...
Remove ads

Premis

Aidi, seorang pereka aplikasi yang telah mencipta aplikasi yang diberi nama BEBAS, sebuah aplikasi penting yang digunakan sewaktu penularan wabak dengan menempatkan maklumat dan data peribadi pengguna bagi tujuan pemakluman maklumat terkini. Jazman, seorang pengurus syarikat di mana tempat Aidi bekerja telah memecat Aidi tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Dendam Aidi terhadap Jazman terus memuncak, ditambah pula apabila melihat kemesraan Anggun, gadis idaman Aidi, sering bersama Jazman. Akibat dendam, Aidi telah mencuri 27.7 juta data pengguna daripada aplikasi BEBAS dan mencipta watak baharu bernama Tengku Remy di alam maya untuk berkenalan dengan Anggun.

Data yang digodam oleh Aidi juga telah dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab demi mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Namun tanpa disedari, aktiviti haram yang dilakukan ini telah menjerumus kepada masalah besar yang bakal menimpa Aidi.

Remove ads

Pelakon

Pelakon utama

Penampilan khas

Remove ads

Episod

Maklumat lanjut No., Tajuk ...

Penerbitan

Razaisyam Rashid berkata mengenai drama ini: "Idea I.D tercetus apabila melihat persekitaran saya, di mana orang muda sekarang kebanyakkannya hidup dalam dunia digital. Jadi saya cuba salurkan suara orang muda dan cabaran zaman sekarang menerusi sebuah karya, maka terhasillah I.D".[4]

Ini merupakan drama Astro Originals kedua yang dibintangi oleh Naim Daniel selepas Projek: High Council (2023) dan ini juga merupakan drama pertama lakonannya yang menampilkan beliau memegang dua watak.[5]

Remove ads

Siaran

I.D memulakan tayangan perdana serentak di Astro GO dan Astro Premier bermula 23 Februari 2024 setiap Jumaat.[6][7]

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads