Stesen Angkasa Antarabangsa

From Wikipedia, the free encyclopedia

Stesen Angkasa Antarabangsa
Remove ads

Stesen Angkasa Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Space Station, ISS, Rusia: Междунаро́дная косми́ческая ста́нция, МКС) ialah sebuah stesen kemudahan penyelidikan antarabangsa yang sekarang ini masih lagi dipasang di dalam orbit rendah bumi. Stesen Angkasa Antarabangsa berada pada ketinggian 360 km dari permukaan bumi. Stesen ini mengorbit(mengelilingi) Bumi setiap 92 minit dengan kelajuan 27,744 km/j Dalam sehari, Stesen Angkasa Antarabangsa mengelilingi Bumi lebih kurang 15.7 orbit.

Fakta Segera Statistik stesen, COSPAR ID ...

Stesen ini telah dilancarkan pada 20 November 1998. Seramai tiga orang angkasawan bertugas di stesen ini pada satu-satu masa. Angkasawan yang akan dihantar ke angkasa lepas harus menjalani latihan di ISS terlebih dahulu.

Stesen Angkasa Antarabangsa dibina dari gabungan kepakaran, teknologi, dan kos beberapa agensi angkasa dunia seperti Amerika Syarikat, Rusia, China, Jepun, Kanada, dan Eropah.

Stesen Angkasa Antarabangsa boleh memuatkan tiga orang angkasawan. Buat masa ini, angkasawan yang bertugas di ISS ialah daripada Amerika Syarikat dan Rusia.[9].

Fungsi Stesesn Angkasa Antarabangsa adalah untuk menjalankan uji kaji serta penyelidikan dalam angkasa lepas serta memantau angkasa lepas.

Remove ads

Sejarah

Selepas Perang Dingin, Amerika Syarikat telah bersetuju membina satu stesen angkasa dengan pihak Eropah, Rusia, Jepun dan Kanada. Stesen ini menggabungkan Stesen Angkasa Freedom (Amerika Syarikat), Mir-2 (Rusia) dan Columbus (Eropah). Namun, pembinaan stesen angkasa ini sering dilambatkan oleh kos yang semakin meningkat. Sehingga hari ini, bahagian-bahagian Stesen Angkasa Antarabangsa masih dibina dan dipasang oleh angkasawan-angkasawan Amerika Syarikat, Rusia dan pihak lain setiap tahun. Pembinaan stesen ini dijangka akan disiapkan pada tahun 2010.

Remove ads

Pembinaan

Thumb
Bolak-balik angkasa lepas Endeavour, ATV-2, Soyuz TMA-21 dan Progress M-10M yang sudah berlabuh di ISS, seperti yang dilihat dari Soyuz TMA-20

Bahan-bahan pembinaan dihantar ke stesen lalu dipasang oleh angkasawan-angkasawan. Bahan ini dihantar oleh Kapal Angkasa Amerika Syarikat, kapal-kapal angkasa Soyuz dan Progress Rusia, dan lain-lain.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads