Insulin

From Wikipedia, the free encyclopedia

Insulin
Remove ads

Insulin merupakan sejenis hormon jenis polipeptida yang dihasilkan oleh kelenjar pankreas. Sel yang menghasilkan hormon insulin dalam kelenjar pankreas dikenali sebagai sel beta, iaitu sejenis sel yang terdapat dalam kelompokan sel yang digelar pepulau Langerhans dalam pankreas.

Fakta Segera INS, Struktur sedia ada ...

Fungsi utama insulin ialah pengawalan keseimbangan tahap glukosa dalam darah dan bertindak meningkatkan pengambilan glukosa oleh sel badan. Kegagalan badan untuk menghasilkan insulin, atau jumlah insulin yang tidak mencukupi akan menyebabkan glukos tidak dapat masuk ke dalam dan digunakan oleh sel-sel badan. Oleh sebab itu, glukosa meningkat di dalam darah menyebabkan berlakunya penyakit kencing manis juga dikenal sebagai diabetes melitus.

Remove ads

Perubatan

Dalam perubatan, insulin digunakan untuk merawat hiperglisemia, yakni masalah glukosa yang berlebihan dalam darah, dan diberi secara suntikan.[4] Insulin dalam perubatan boleh dihasilkan secara biosintetik atau diperoleh daripada sumber haiwan.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads