Islamisme

From Wikipedia, the free encyclopedia

Islamisme
Remove ads

Islamisme (Islam+-isme; Arab: الاسلامية al-'islāmiyya) juga Arab: إسلام سياسي al-Islām al-Siyāsiyy, harf., "Islam Politik" - istilah yang diperkenalkan orang bukan Muslim - ialah satu set ideologi yang menyatakan Islam bukan sahaja agama malah juga merupakan sistem politik; yang Muslim moden harus kembali kepada akar agama mereka, dan bersatu secara politik.

Islamisme merupakan istilah kontroversi dan takrifannya berbeza-beza. Pemikir terkemuka Islamisme menekankan penguatkuasaan syariah (hukum Islam) terhadap Muslim; kesepakatan politik pan-Islamisme; dan penghapusan pengaruh tentera, ekonomi, politik, sosial dan budaya Barat dalam dunia Islam, yang dipercayai mereka sebagai tidak serasi dengan Islam.[1]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads