João Lourenço
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
João Manuel Gonçalves Lourenço, GColIH (lahir 5 Mac 1954) ialah seorang ahli politik Angola yang berkhidmat sebagai Presiden Angola sejak 26 September 2017.[2] Sebelum ini, beliau merupakan Menteri Pertahanan dari tahun 2014 hingga 2017. Pada bulan September 2018, beliau menjadi Pengerusi Gerakan Rakyat untuk Pembebasan Angola (MPLA), parti pemerintah. Beliau merupakan Setiausaha Agung parti dari tahun 1998 hingga 2003.
Beberapa bahagian daripada rencana ini (yang berkaitan dengan kedudukan pentadbiran presiden dan politik) perlu dikemas kini. (November 2019) |
João Lourenço dilantik pada Disember 2016 untuk menduduki kedudukan nombor 1 parti dalam pilihan raya perundangan Ogos 2017. Dalam terma perlembagaan 2010, "individu yang mengetuai senarai kebangsaan parti politik atau gabungan parti politik yang menerima undi terbanyak dalam pilihan raya umum... akan dipilih Presiden Republik dam Ketua Eksekutif" (Perkara 109).[3][4] Dengan MPLA memenangi majoriti 150 keruai, Lourenço secara automatik menjadi Presiden Angola, menggantikan José Eduardo dos Santos yang berkuasa selama 38 tahun. Lourenço mengangkat sumpah jawatan secara rasmi pada 26 September 2017.[5]
Remove ads
Kurniaan
Kurniaan asing
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads