Joël Veltman
Footballer From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Joël Ivo Veltman (lahir 15 Januari 1992) merupakan pemain bola sepak Belanda yang kini bermain untuk Brighton & Hove Albion dan pasukan kebangsaan Belanda.
Remove ads
Kerjaya le;ab
Ajax
Veltman membuat penampilan pertama untuk Ajax pada 19 Ogos 2012 menentang N.E.C. dan Ajax menang 6-1. Pada 6 Jun 2013, Veltman melanjutkan kontraknya selama empat tahun sehingga musim panas 2017.
Pada 5 Ogos 2013 Veltman mengalami kecederaan ketika bersama Jong Ajax pada permulaan musim 2013-14. Beliau terpaksa berehat selama dua bulan. Beliau pulih dari cedera pada 30 September 2013 dan bermain untuk Jong Ajax menentang FC Volendam. Beliau menjaringkan gol pertamanya ketika tewas 2-3 kepada Sportpark De Toekomst. Pada 22 Oktober 2013, Veltman membuat debut di pentas Eropah ketika perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Celtic, Ajax tewas 2-1.[2]
Remove ads
Kerjaya antarabangsa
Pada 8 November 2013, Veltman menerima panggilan pertama oleh pasukan kebangsaan Belanda untuk perlawanan persahabatan menentang Jepun dan Colombia. Veltman membuat debut pada 19 November 2013 menentang Colombia 0-0. Pada 31 Mei 2014, beliau termasuk dalam senarai 23 pemain yang mengambil bahagian di Piala Dunia 2014 di Brazil di bawah pengurus Louis van Gaal.
Statistik
- Sehingga 12 Julai 2014
Remove ads
Penghargaan
Kelab
- Eredivisie (2): 2012–13, 2013–14
- Perisai Johan Cruijff (1): 2013
Antarabangsa
- Belanda
- Piala Dunia FIFA Tempat ketiga: 2014[3]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads