Juang

2022 Filem Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Juang ialah sebuah filem drama dokumentari Malaysia 2022 arahan bersama Aziz M. Osman, Datuk Yusry Abdul Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia dan Osman Ali. Berdasarkan dari satu kisah benar, ia berkisarkan tentang perjuangan petugas barisan hadapan dari sektor perubatan sehingga pekerja penghantar makanan memerangi penularan pandemik COVID-19 di Malaysia.[1][2] Dibintangi oleh barisan pelakon ternama Malaysia, filem ini ditayangkan pada 8 September 2022 di pawagam seluruh Malaysia. Ia telah diiktiraf sebagai Karyawan Paling Ramai Terbabit Dalam Satu Naskhah oleh The Malaysia Book of Records (MBOR).[3][4][5]

Fakta Segera Pengarah, Lakon layar ...
Remove ads

Premis

Mengisahkan tentang suasana pandemik yang berlaku dan cuba mengangkat keadaan sebenar yang cukup payah dilalui seluruh rakyat Malaysia. Diinspirasikan daripada kisah benar dengan memaparkan kisah-kisah petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat, polis, tentera, penghantar makanan dan ramai lagi tentang bagaimana petugas barisan hadapan ini melawan wabak COVID-19 dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin.

Remove ads

Pelakon

Cerita Polis
  • Zizan Razak sebagai Kpl Hafiq, anggota IPD Sentul
  • Izzue Islam sebagai Kpl Zaki, anggota IPD Sentul dan kawan kepada Kpl Hafiq[a]
  • Angeline Tan sebagai ASP Tan, ketua lapangan
  • Alvin Wong sebagai pemandu lupa tutup minyak
  • Aida Azira sebagai Syakila
  • Jalaluddin Hassan sebagai Supt Ibrahim, ketua polis daerah Sentul
  • Ruby Faye sebagai Pemandu Wanita
  • Jovi Heng sebagai Polis Sekatan Jalan
  • Baki Zainal sebagai Pemandu
Cerita Perubatan
Cerita Penghantar Makanan
  • Sangeeta Krishnasamy sebagai Santhia, jururawat dan rider
  • Abi Manyu sebagai Suami Santhia
  • Khisnaan A/L Kumaran sebagai Anak Santhia
  • Along Kamaludin sebagai Penghuni
  • Falyq Hikyle sebagai Penghuni
  • Tan Yee Swee sebagai Encik Tham
  • Paley Book sebagai Anak Encik Tham
  • Sathiya sebagai Jiran Encik Tham
Cerita Wuhan dan Pesawat
  • Jack Lim sebagai Liang, rakyat Malaysia yang tinggal di Beijing
  • Choo Hao Ren sebagai Paul
  • Vanidah Imran sebagai Dr. Siti, doktor untuk Nadma
  • Rosyam Nor sebagai Kapten pesawat AirAsia
  • Azri Sabri sebagai Harris, pramugara AirAsia
  • Steve Yap sebagai Pegawai Pertama
  • Kamarudin Meranun sebagai Pengerusi Eksekutif AirAsia
  • Joey Leong sebagai Kakitangan Kedutaan Malaysia
  • Esma Daniel sebagai Pegawai kanan Nadma
  • Amar Asyraf sebagai Luqman, pegawai perubatan 1
  • Hafidz Roshdi sebagai Pegawai Perubatan 2
  • Chew Kin Wah sebagai Encik Wu, rakyat Malaysia tinggal di Beijing, China
  • Priscilla Abby sebagai Penumpang
Remove ads

Penerbitan

Juang ialah terbitan bersama antara Asia Tropical Films bersama The Film Engine dan Astro Shaw. Filem ini menyoroti perit getir yang diinspirasikan sepanjang dua tahun negara berdepan dengan pandemik COVID-19 yang cukup meninggalkan kesan mendalam.[3] Idea untuk menggarap Juang bermula daripada perspektif lima pengarah tersohor, Aziz M. Osman, Yusry Abdul Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia dan Osman Ali sebagai penghargaan kepada barisan hadapan di Malaysia.[6][7] Menurut Lai, salah seorang pengarah Juang, dalam satu temubual bersama Utusan Malaysia:

"Walaupun ada lima pengarah dalam satu masa sama, setiap orang menyuntik rasa dan kreativiti berbeza. Jalan ceritanya berkesinambungan dan semua konsisten dalam mengatur perjalanan cerita. Kami menyajikan kisah yang pernah dilalui rakyat ketika pandemik. Mungkin 30 peratus daripadanya kisah benar, tetapi keseluruhan filem ini mendapat inspirasi daripada kejadian yang pernah berlaku. Sebagai contoh, babak di lapangan terbang melibatkan usaha membawa pulang lebih 100 rakyat Malaysia yang berada di Wuhan, China. Itu adalah kisah nyata yang digarap oleh Kabir [Bhatia] dalam filem ini,"

Selain Lai yang turut berkhidmat sebagai ketua pengarah,[8] 4 pengarah lain yang menggalas tanggungjawab untuk filem ini ialah Aziz, Yusry, Kabir dan Osman.[3] Pembikinan filem ini membabitkan 500 tenaga kerja yang terdiri daripada 5 pengarah, 165 tenaga di belakang tabir, 335 pelakon iaitu 100 pelakon membawa watak utama, manakala 235 lagi untuk watak sampingan. Ini menjadikan Juang menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Karyawan Paling Ramai Terbabit Dalam Satu Naskhah.[3][9][10]

Zul Ariffin memegang watak sebagai Dr. Johan. Juang ialah watak perubatan pertamanya. Untuk menjayakan wataknya, Zul memerhatikan pegawai barisan hadapan sebenar di tempat kerja dan mengalami keletihan, ketidakberdayaan dan kebimbangan mereka. Beliau mengakui watak Dr. Johan benar-benar mencabar kemampuannya sebagai pelakon. Sangeeta Krishnasamy memegang watak Santhia, seorang penunggang motosikal dan sukarelawan penghantaran makanan. Ditanya mengenai wataknya, Sangeeta berkata beliau mengagumi sifat penyayang, bijak dan berani watak lakonannya. Janna Nick, yang memegang watak sebagai jururawat bernama Hanna, berkata Juang membuka matanya kepada satu pengajaran penting, bahawa wira sebenar dibuat semasa kesusahan. Zizan Razak yang memegang watak sebagai anggota polis yang berdedikasi, Hafiq, berkata Juang ialah filem pertamanya yang "serius" memandangkan wataknya tidak pernah bergurau. "Hafiq kadang-kadang boleh berjenaka, tetapi 90 peratus kisahnya adalah pahit, serius dan tragis," kata Zizan.[11]

Ini merupakan penampilan filem terakhir daripada Adibah Noor sebelum kematiannya pada Jun 2022 dan ia dikeluarkan secara anumerta. Juang diperkuatkan dengan lagu tema bertajuk "Wira Hatiku" dendangan Sheila Majid bersama iringan muzik daripada Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO)[12] dan lagu "Sama Sama" oleh Siti Nurhaliza.[7]

Remove ads

Keluaran

Juang ditayangkan serentak dengan filem Abang Long Fadil 3 (yang juga dilakonkan oleh Zizan Razak) pada 8 September 2022. Majlis tayangan perdana filem ini telah diadakan bersempena Majlis Menghargai Jasa Hero-Hero Malaysia di Golden Screen Cinemas (GSC), Ipoh Parade, pada 5 September 2022 dan dihadiri seramai hampir 300 petugas barisan hadapan.[13][14]

Phic Arman dari Murai.my menulis: "Secara peribadi, filem Juang boleh dikatakan [sebagai] sebuah naskhah yang penuh dengan babak emosi sehingga boleh mengalirkan airmata penonton. Kepada anda yang pernah menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang terjejas semasa pandemik, pasti boleh buatkan anda rasa sebak setelah mengenangkan apa yang telah terjadi dahulu".[15]

Remove ads

Lihat juga

Catatan

  1. Watak Kpl Zaki diinsipirasikan daripada Allahyarham Sarjan (anumerta) Safwan Bin Ismail yang terkorban akibat di langgar oleh pemabuk pada 9 Mei 2020.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads