Kaithi (filem 2019)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Kaithi ( terj.Tahanan ) ialah filem aksi debaran bahasa Tamil India 2019 dari India [4]. FIlem ini diarahkan oleh Lokesh Kanagaraj . Filem ini merupakan siri pertama dalam alam sinemetik, Lokesh Cinematic Universe . Filem ini dibintangi Karthi dalam peranan utama, bersama Narain, Arjun Das, Harish Uthaman, George Maryan dan Dheena . Dalam filem ini, yang berlangsung hampir sepenuhnya dalam satu malam, seorang bekas banduan yang baru dibeaskan memandu sekumpulan anggota polis yang telah diracun ke hospital sambil mengelak daripada penjenayah, sebagai pertukaran untuk bertemu dengan anak perempuannya.

Fakta Segera Pengarah, Lakon layar ...

Filem ini sebahagian besarnya dirakam pada waktu malam. Ia merupakan sebuah filem tanpa lagu dengan skor yang digubah oleh Sam CS Sinematografi dan penyuntingan masing-masing dikendalikan oleh Sathyan Sooryan dan Philomin Raj .

Kaithi ditayangkan pada 25 Oktober 2019, menjelang perayaan Deepavali . Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik dan mencapai kejayaan box-office, meraih kutipan sebanyak ₹ 105 crore di seluruh dunia, menjadikannya salah satu filem Tamil dengan kutipan tertinggi pada 2019 . Ia seterusnya dipilih untuk tayangan rasmi di Festival Filem India Antarabangsa Toronto (IIFFT) pada Ogos 2020 dan memenangi dua Anugerah Vikatan Cinema Award , tiga Anugerah Festival Filem Tamil Norway, Anugerah Filem Antarabangsa India Selatan dan empat Anugerah Zee Cine m. Kaithi merupakan siri pertama dalam Lokesh Cinematic Universe, yang disusuli oleh Vikram, dengan Narain mengulangi wataknya sebagai Bejoy manakala George Maryan mengulangi peranannya sebagai Napoleon dalam Leo . Sebuah sekual berjudul Kaithi 2 kini sedang dibangunkan. Filem ini juga sedang diolah semula dalam industri filem malaysia sebagai sebuah filem Melayu, Banduan.

Remove ads

Barisan Pelakon

  • Karthi sebagai Dilli
  • Narain sebagai Inspektor Bejoy
  • Arjun Das sebagai Anbu Das
  • George Maryan sebagai Konstabel Polis Napoleon
  • Harish Uthaman sebagai Adaikalam
  • Dheena sebagai Kaamaatchi
  • Baby Monica sebagai Amudha, Anak perempuan Dilli
  • Ramana sebagai Tips
  • Amzath Khan sebagai Ram
  • Kanna Ravi sebagai Ajaz Ahmed / Sampath
  • Hareesh Peradi sebagai Stephen Raj
  • Arun Alexander sebagai Paalpaandi
  • [Vatsan Chakravarthi sebagai Ajay
  • Udayaraj sebagai Pelajar Kolej
Remove ads

Tayagan

Kaithi pada mulanya dijadualkan untuk ditayangkan pada pertengahan Julai 2019, tetapi kelewatan pasca produksi menyebabkan tayangan filem itu ditolak kepada 27 September 2019. [5] [6] Tayangan itu ditangguhkan lagi ke Oktober 2019, sebelum akhirnya memuktamadkan tayangan semasa Deepavali (27 Oktober 2019). [7] [8] I

Selepas kejayaan di pawagam, perkhidmatan penstriman digital Hotstar menayangkan filem itu pada 25 November 2019, sebulan selepas tarikh tayangannya. [9] Ia menerima kritikan daripada pengedar dan pemilik pawagam kerana tayangan perdana digital awal akan membawa kepada pengurangan penonton di pawagam. [10] penerbit SR Prabhu, mengaitkan bahawa ancaman cetak rompak sebagai alasan untuk pengstiriman awal, ramai pemilik teater menentangnya. Rantaian multipleks utama seperti PVR, INOX dan AGS, menghentikan tayangannya, sejurus selepas tayangan perdana digital filem itu. [11] Tanpa mengira faktor-faktor ini, filem itu menamatkan tayangan teater selama 50 hari pada 13 Disember 2019. [12]

Remove ads

Olahan semula

Kaithi diolah semula dalam bahasa Hindi sebagai Bholaa (2023). [13] [14] Kaithi juga diolah semula dalam bahasa Melayu dengan judul Banduan (2025) dan Datuk Aaron Aziz sebagai pelakon watak utama.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads