Kanggaru

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kanggaru
Remove ads

Kanggaru (Jawi: كڠݢارو) atau kangguru ialah sejenis marsupial yang tergolong dalam keluarga Macropodidae yang ditemukan di benua Australia. Ada empat jenis kanggaru yang besar dalam keluarga tersebut, iaitu kanggaru merah, kanggaru antelop, kanggaru kelabu timur dan kanggaru kelabu barat dalam genus Macropus.[1]

Fakta Segera Pengelasan saintifik ...

Kerajaan negara Australia menganggarkan 42.8 juta ekor kanggaru hidup dalam kawasan pertanian komersil negara tersebut pada tahun 2019, menurun daripada 53.2 juta ekor pada tahun 2013.[2] Secara amnya, kanggaru yang lebih besar lebih mampu menyesuaikan diri kepada perubahan yang dibawa ke landskap Australia oleh manusia, sementara kebanyakan saudaranya yang lebih kecil pula diancam kepupusan.

Remove ads

Etimologi

Perkataan kanggaru dan kangguru (atau asalnya kangaroo dalam bahasa Inggeris)[3] berasal daripada perkataan gangurru dalam bahasa Guugu Yimidhirr yang dipakai kepada spesies kanggaru kelabu timur yang jarang ditemui.[4][5][6][7] Nama tersebut julung kalinya dicatat sebagai "kanguru" pada 4 Julai 1770 dalam diari ahli alamiah Joseph Banks; catatan ini berlaku di tapak pekan Cooktown moden tepi Sungai Endeavour di mana kapal HMS Endeavour yang dipegang kuasa oleh Leftenan James Cook tersadai selama hampir tujuh minggu untuk membaiki kerosakan yang dialami kapalnya selepas melanggar Terumbu Sawar Besar.[8]

Ada satu legenda terkenal mengenai nama kanggaru ini: Leftenan James Cook dan Joseph Banks sedang meneroka tanah Australia apabila mereka menemui haiwan terbabit. Mereka menanya seorang tempatan paling dekat dijumpa nama makhluk itu. Orang tersebut menjawab "kangaroo" yang dikatakan bermaksud "saya tidak faham kamu", lalu Cook mengambil apa yang didengarnya dari mulut orang tempatan itu menjadi nama haiwan ini.[6] Ahli anthropologi Walter Roth cuba membetulkan kesilapan ini seawal tahun 1898, tetapi sedikit sahaja orang yang ambil perhatian sehingga kajian ahli bahasa John B. Haviland bersama penutur bahasa Guugu Yimithirr pada tahun 1972 berjaya membetulkan salah faham tersebut.[6][7]

Kitab Vortaro tahun 1923 mentakrifkan kangguru paling awal dalam perkamusan Melayu dengan gambaran seperti suatu "tikus berkantung".[3]

Remove ads

Anatomi

Kanggaru mempunyai kaki belakang yang besar dan kuat untuk melompat, ekor yang besar dan berotot untuk mengimbangkan diri, serta kepala kecil. Kanggaru betina mempunyai kantung iaitu marsupium untuk melengkapkan lanjut perkembangan posnatum anak.[9]:79

Kanggaru melompat menggunakan kaki belakangnya.[10] Ekornya digunakan untuk mengimbang badan sambil meloncat.[9]:79 Ia boleh melompat sambil mencapai kelajuan kira-kira 20–25 km sejam, ia boleh melompat jauh sehingga 70 km/j dalam jarak yang pendek.[11]

Remove ads

Tabiat

Pemakanan

Kanggaru kelabu timur meragut pelbagai jenis rumput.[12]

Pembiakan

Anak seekor kanggaru lahir selepas 30 hari, ia merangkak naik ke dalam kantung induknya untuk menyusu. Seekor kanggaru betina boleh mengendongkan tiga anak dalam kantungnya.[9]:80

Hubungan dengan manusia

Kanggaru liar diburu sebagai sumber daging dan bulu, selain juga untuk peladang mempertahankan padang ragut bebiri mereka.[13]

Kanggaru merupakan haiwan kebangsaan Australia: ia sering tampil pada jata negara[14] dan bentuk matawangnya[15] serta juga digunakan oleh kebanyakan pertubuhan sana termasuk syarikat penerbangan Qantas.[16] Banyak pasukan sukan Australia dinamakan sempena kanggaru; malah kanggaru juga banyak ditemui dalam filem, televisyen, mainan dan cenderamata di seluruh dunia.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads