Kapten
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Kapten (Jawi: کڤتن) atau kapitan[1] merupakan satu pangkat atau gelaran dengan pelbagai makna berpincang mengikut konteks disentuh baik dalam bidang pelayaran, tentera, penerbangan, polis, perkhidmatan kecemasan dan sukan, namun umumnya difahamkan menandakan peranan penjawat mengetuai atau memimpin sesebuah pasukan.

Etimologi
Gelaran ini datangnya dari Bahasa Latin capitaneus ("ketua") terbitan perkataan caput yakni "kepala";[2] hal ini boleh diibaratkan dengan penggunaan perkataan "kepala" atau "hulu" (lihat penghulu) merujuk kepada gelaran ketua sesebuah kelompok. Perkataan Latin ini diturunkan kepada dua bentuk Romawi yang diserap dalam bahasa Melayu:
- kapitan (Jawi: كڤيتن) menyerap bahasa Portugis: capitão[3] - perkataan ini berbekas dalam gelaran tertentu seperti Kapitan Cina dan Kapitan Arab,
- kapten menyerap bahasa Perancis capitaine melalui Belanda: kapitein[4][5] atau bahasa Inggeris: captain
Remove ads
Dalam ketenteraan
Seseorang kapten tentera dipilih untuk memimpin dan memberi perintah ke atas kompeni askar-askar. Pangkat ini juga lebih umum bertindak sebagai pemerintah kedua pasukan artileri dalam sesebuah angkatan tentera.
Dalam pelayaran
Kapten atau nakhoda sesebuah kapal dipertanggungjawabkan atas keselamatan kapal yang dikemudikan dalam pelayaran[6]:4 serta isi yang diangkutkan,[6]:7 kebajikan anak-anak kapal[6]:7-11 serta pematuhan pelayaran kapal dikemudikan mengikut undang-undang perairan setempat dan antarabangsa.[6]:3
Dalam sukan
Kapten sesebuah pasukan sukan dilantik jurulatih dengan tanggungjawab diamanahkan mengatur strategi dan kerjasama sesama rakan sepasukan semasa sesuatu perlawanan itu berlangsung. Pemilihan seseorang kapten boleh ditentukan tahap keupayaan bermain mahupun kepimpinan.[7]
Lihat juga
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
