Perkataan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Tindakan jauh lebih penting dari kata kata
Perkataan, kata atau katan[1] ialah unit bahasa yang membawa erti dan terdiri dari satu atau lebih morfem yang saling diikat rapat, serta membawa nilai fonetik. Lazimnya sesuatu perkataan terdiri dari kata akar atau kata dasar yang diiringi atau tanpa diiringi imbuhan. Perkataan boleh digabung agar dijadikan ungkapan, klausa dan ayat. Perkataan yang terdiri dari gabungan dua atau lebih kata dasar menjadi kata majmuk, manakala gabungan cebis-cebisan perkataan pula dipanggil kata lakur.
Remove ads
Konsep perkataan
Konsep perkataan merupakan unit ujaran yang bebas dan bermakna. Perkataan juga boleh menjadi kumpulan kata atau apa-apa yang diucapkan oleh orang.[2] Perkataan boleh menjadi salah satu daripada tiga bentuk iaitu bentuk dasar, bentuk terbitan dan akar ayat.[3]
Bentuk dasar
Ia bebas daripada imbuhan.
Contoh: makan, minum dll.
Bentuk terbitan
Ia boleh ditambah dengan proses pengimbuhan
Contoh: makanan, minuman
Akar ayat
Ia terdiri dari morfem terikat. Ia tidak boleh berdiri sendiri sebagai satu perkataan tanpa imbuhan.
Contoh: tapa (bertapa), tani (bertani), mudi (kemudi)
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads