Kee Thuan Chye

penulis dan pelakon Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Kee Thuan Chye
Remove ads

Kee Thuan Chye (lahir 25 Mei 1954) ialah pelakon, dramatis, pemuisi, dan wartawan Malaysia. Walaupun telah menceburi diri dalam bidang teater, filem, dan televisyen selama melebihi 30 tahun, beliau kini masih terus berlakon dan menulis. Pada 1981, Kee menjadi pengasas bersama sekumpulan teater yang bernama KAMI di Kuala Lumpur. Seorang pendukung hak awam yang terkemuka, Kee menyatakan pandangan politiknya melalui drama terhadap apa-apa jua yang tidak boleh dinyatakan dalam akhbar aliran utama di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA). Kee telah dipilih sebagai salah satu penerima awal Anugerah Kebebasan Bersuara The Annexe Heroes apabila anugerah itu dilancarkan pada 2008. Pada 2010, beliau juga dipilih sebagai Warga Malaysia Ke-34 Yang Paling Boleh Dipercayai dalam suatu tinjauan yang dijalankan oleh Reader's Digest.[1]

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kerjaya

Dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia, Kee Thuan Chye menyertai akhbar The National Echo yang kini tidak wujud lagi sebagai editor sastera selepas meraih ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Sains Malaysia pada 1976. Pada 1979, beliau berpindah ke Kuala Lumpur untuk menyertai akhbar New Straits Times (NST) dan berkhidmat dalam pelbagai jawatan, termasuklah subeditor, penyunting hiburan, penulis utama dan selama 10 tahun, sebagai editor sasteranya. Sebagai penulis ruang teater (1980-1981), Kee juga menulis ruang ulasan filem mingguan untuk akhbarnya (1980-1984) serta juga ruang seni mingguan untuk Business Times (1986-1987).

Pada 1988, Kee memperoleh ijazah Sarjananya dalam bidang drama daripada Essex University selepas dianugerahi dengan Fellowship British Council untuk menyertai kajian lepas ijazah di England.

Pada 2001, Kee Thuan Chye menjadi Editor Bersekutu The Star di Kuala Lumpur, lalu mencipta dan menyunting ruang Bahasa Inggeris, Mind Our English, sehingga persaraannya pada Mei 2009.[2] Ruangnya, Playing The Fool, dalam Sunday Star yang dimulakannya pada April 2001 diterbitkan hanya dua kali sebelum ditamatkan. Dalam makalah sulung, Kee menulis bahawa beliau akan bersuara secara terus-terang tentang isu-isu sosial dan politik tanpa ketakutan atau berpihak. Namun dalam makalahnya yang kedua, beliau mengutuk amalan diskriminasi ras di Malaysia. Apabila muncul makalah yang ketiga, editor-editornya menggigil dan enggan menerbitkannya. The Star akhirnya memutuskan untuk menamatkan ruang tersebut selepas Kee menyerahkan makalahnya yang keempat. Terbitan-terbitan lain yang menerbitkan makalah dan ulasan beliau termasuk Asiaweek, Far Eastern Economic Review, dan Asia Magazine.

Sebagai pelakon, pemuisi dan dramatis

Kee Thuan Chye telah muncul dalam banyak filem dan siri televisyen pada melebihi 30 tahun yang lalu, termasuklah lakonan untuk iklan dan video korporat. Peranan filemnya tidak terhad kepada filem-filem tempatan seperti Sell Out!, sebuah filem Malaysia yang menerima sanjungan antarabangsa yang sangat mesra, dan 1957 Hati Malaya yang dilakonkannya watak pejuang kemerdekaan Tan Cheng Lock, malahan peranannya juga melibatkan penerbitan filem antarabangsa seperti Entrapment, Anna and the King, dan filem televisyen Hallmark Marco Polo, serta juga Secrets of the Forbidden City untuk BBC dan History Channel.

Bagi televisyen Malaysia, Kee Thuan Chye melakonkan watak tetap Han Lee dalam siri City of the Rich yang memakan masa yang lama, serta juga watak jahat dalam siri 10 (Sepuluh), selain banyak penampilan istimewa. Pada 2008, beliau menjadi watak utama dalam filem televisyen Mediacorp, Sense of Home: Kampung Kid, yang difilemkan di Siem Reap, Kemboja. Kee juga merupakan anggota barisan pelakon utama dalam siri drama Singapura, Perceptions, serta filem televisyen, Love Matters. Penampilan istimewanya juga merangkumi Phua Chu Kang Pte Ltd dan Singapore Shakes!

Bagi persembahan pentas, Kee Thuan Chye telah berlakon dalam banyak produksi pentas sejak 1977, tetapi peranan yang beliau berasa paling bangga adalah sebagai watak Willy Loman dalam Death of a Salesman, sebuah drama Arthur Miller. Juga seorang bakat suara, Kee telah membuat banyak suara latar untuk iklan radio dan televisyen. Beliau merupakan suara Ludwig von Drake dalam siri televisyen Walt Disney versi bahasa Melayu, Mickey Mouse Clubhouse dan House of Mouse.

Puisi Kee Thuan Chye diterbitkan oleh pelbagai akhbar aliran utama Malaysia serta juga kedua-dua jurnal tempatan dan jurnal antarabangsa seperti Masakini, Pacific Quarterly Moana, Southeast Asian Review of English, Sands and Coral, Solidarity, Ideya, Ariel, Kunapipi, dan Focus. Dua daripada dramanya telah dipersembahkan di pesta-pesta United Kingdom. The Big Purge dibaca di Pesta Pembacaan Drama Asia Timur Antarabangsa sebagai sebahagian Typhoon 4 di Soho Theatre pada 2005. Dramanya, The Swordfish, Then the Concubine, ditempatkan pula antara 5 Drama Terbaik di Pesta Penulisan Drama Antarabangsa Ke-21 pada 2006 di Warehouse Theatre. Tentang dramanya yang lain, 1984 Here and Now terangkum dalam Postcolonial Plays, suatu antologi antarabangsa yang diterbitkan oleh Routledge, United Kingdom, manakala We Could **** You, Mr Birch telah diterima dan digunakan sebagai buku teks oleh banyak universiti di Malaysia sejak pertengahan 1990-an. Cerpennya, A Sense of Home, dimasukkan pula ke dalam New Writing 10 yang diterbitkan oleh Picador, United Kingdom. Kee juga menulis banyak drama radio dan telah mengarahkan 10 produksi pentas.

Pada 1998, Kee Thuan Chye dijemput untuk menjadi penulis tamu bagi Melbourne Writers Festival, Brisbane Writers Festival, dan Spring Writing di Sydney. Lalu pada 2001, beliau dijemput pula untuk menyertai Standard Chartered International Literary Festival yang sulung yang diadakan di Hong Kong. Kee juga dijemput pada 2011 untuk menyertai segolongan penulis Turki, Mesir, Iraq, Ethiopia, dan Malaysia bagi menyertai Writers Unlimited Tour yang diadakan di Kuala Lumpur.

Sebagai hakim sastera

Kee Thuan Chye pernah menjadi hakim dan pengerusi serantau bagi anugerah Commonwealth Writers Prize yang berprestij. Beliau juga menganggotai panel tersebut pada tahun 1997 dan 1998 sewaktu penilaian terakhir masing-masing dilakukan di London dan di Jamaica. Pada 2010, Kee dijemput kembali untuk menjadi hakim bagi wilayah Asia Tenggara dan Pasifik Selatan.

Remove ads

Sokongan hak awam

Kesedaran politik Kee Thuan Chye dibangkitkan sewaktu beliau tidak mampu mengejar kursus ijazah Sarjananya kecuali berjaya mendapatkan kerja sebagai tutor.[3] Beliau memohon untuk jawatan tersebut tetapi jawatan itu kemudian ditawarkan pula kepada siswazah yang lain, sedangkan beliau merupakan siswazah yang terbaik pada tahun itu.[3] Justeru, Kee menyertai akhbar National Echo yang kini tidak wujud lagi sebagai editor sastera dan menulis rencana-rencana tentang politik. Berpindah dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur untuk menyertai akhbar New Straits Times pada 1979, beliau melihat dengan lebih jelas bagaimana bangsa telah dipolitikkan oleh kerajaan untuk membahagikan rakyat.

Sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 2008 diumumkan, Kee Thuan Chye bergegas menerbitkan bukunya, March 8: The Day Malaysia Woke Up, dalam tempoh hanya 3 bulan, disebabkan sifat kandungan bukunya. Ini disusuli oleh buku yang berjudul March 8: Time for Real Change pada 2010. Kerana bersuara tanpa ketakutan atau berpihak, Kee dipilih sebagai salah satu penerima awal Anugerah Kebebasan Bersuara The Annexe Heroes sewaktu anugerah itu dilancarkan oleh The Annexe Gallery di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada 2008 bagi menghargai warga Malaysia yang telah memberikan sumbangan yang luar biasa kepada perjuangan kebebasan bersuara pada tahun sebelumnya.[4] Pada 2010, Kee Thuan Chye juga dipilih sebagai Warga Malaysia Ke-34 Yang Paling Boleh Dipercayai dalam suatu tinjauan yang dijalankan oleh Reader's Digest.[1]

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Judul ...

Televisyen

Kee Thuan Chye muncul dalam melebihi 20 drama televisyen, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

Maklumat lanjut Tahun, Judul ...
Remove ads

Drama

Kee Thuan Chye menulis, mengarahkan, dan melakon dalam banyak drama, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

Maklumat lanjut Tahun, Judul ...
Remove ads

Pelakonan dalam iklan dan video korporat

Maklumat lanjut Tahun, Syarikatl ...
Remove ads

Penulisan skrip untuk televisyen

  • 2009: Menulis garis cerita untuk Auntie English yang diterbitkan oleh Astro
  • 2004: Menulis skrip bersama Remesh Panicker bagi salah satu episod Singapore Shakes!, disusuli oleh satu lagi episod yang ditulis secara persendirian
  • 19981999: Menulis garis cerita untuk Idaman II 150-episod
  • 1997-1998: Menulis garis cerita untuk Idaman 150-episod

Penerbitan buku utama

Selain daripada menerbitkan banyak makalah, Kee Thuan Chye juga menulis banyak buku, termasuklah:

  • March 8: Time for Real Change (Marshall Cavendish, 2010)
  • March 8: The Day Malaysia Woke Up (Marshall Cavendish, 2008)
  • 1984 Here and Now (Marshall Cavendish, 2004)
  • The Big Purge (Marshall Cavendish, 2004)
  • We Could **** You, Mr Birch (Marshall Cavendish, 2004)
  • Old Doctors Never Fade Away, sebuah biografi (Teks Publishing, 1988)
  • Just In So Many Words, sehimpunan rencana pilihan dalam akhar (Heinemann, 1992, dicetak semula pada 1993)
  • Haunting the Tiger and Other Stories, suntingan (Berita Publishing, 1991)
Remove ads

Fellowship/Biasiswa/Anugerah/Hadiah

  • 2010: Dipilih sebagai Warga Malaysia Ke-34 Yang Paling Boleh Dipercayai dalam tinjauan yang diadakan oleh Reader's Digest
  • 2009: Memangi Hadiah Ke-3 dalam Anugerah Pilihan Pembaca Popular-The Star bagi bukunya, March 8: The Day Malaysia Woke Up
  • 2009: Dianugerahi The Annexe Hero bersama empat tokoh yang lain, termasuk Irene Fernandez dan Shanon Shah kerana bersuara tanpa ketakutan pada tahun lepas (2008)
  • 2007: Memangi hadiah sagu hati dalam Pertandingan Penulisan Drama Kakiscript yang buat pertama kali dianjurkan oleh kakiseni.com
  • 2001: Menerima Anugerah Fulbright sebagai Scholar-in-Residence yang pertama di University of West Virginia, Amerika Syarikat, tetapi tidak dapat menerimanya kerana komitmen kerja
  • 1994: Menerima Australian Cultural Award untuk lawatan budaya selama tiga minggu ke Australia
  • 1987: Menerima Fellowship British Council untuk kursus lepas ijazah di England
  • 1986: Menerima Fellowship Harry Brittain bagi wartawan Komanwel untuk lawatan budaya selama tiga minggu ke Great Britain
  • 1984: Menerima biasiswa Perkhidmatan Penerangan Amerika Syarikat untuk lawatan budaya selama sebulan ke Amerika Syarikat
  • 1976: Menerima Fellowship untuk menyertai bengkel penulis kreatif selama 3 minggu di Silliman University, Filipina
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads