Kendi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Kendi (disebut [kĕn.di], Jawi: كندي, meminjam bahasa Sanskrit कुण्डिका kuṇḍikā "wadah air"[1]) adalah suatu bekas menyimpan air berbentuk seperti teko yang terbuat dari tanah liat atau logam.

Sejarah
Kepercayaan
Bekas ini dipercayai dalam agama Hindu sebagai atribut betara-betara Brahma (dan begitulah yang digambarkan dalam barangan dipegang dewa ini berkedudukan mudra[2]), Siwa dan Saraswati.[1][3] Agama Buddha mempercayai ia sebagai salah satu barangan orang suci Avalokiteswara menyimpan air yang dipercayai bersakti mengurniakan kebijaksanaan dan belas kasihan[4][5] sepertimana yang difahamkan aliran Vajrayana; bekas ini turut diterapkan dalam upacara-upacara aliran Mahayana.
Penyebaran agama Islam yang menguat dalam kalangan masyarakat-masyarakat serata Nusantara lama-kelamaan memisahkan perkaitan keagamaan ini dengan sebarang objek yang serupa alat ini.[3]
Kemunculan di Nusantara
Ada catatan dari para pelayar Cina Dinasti Jin yang mencatatkan suatu buyung "guci" dan kendi yang dilepaskan ke dalam laut dalam upacara semasa suatu pelayaran dari pulau Singhala (kini Sri Lanka, barangkali semasa zaman Anuradhapura) ke "Javadvipa".[1]:241
Bentuk kendi dan kundika yang bermuncung corot didapati dikenal pada abad ke-9 di Jawa Tengah lagi-lagi dengan penemuan patung-patung serambi Kamadathu dalam pekarangan Candi Borobudur bertarikh dari 800 M) selain adanya juga fragmen-fragmen kundika digali keluar sekitar candi ini dan candi-candi lain di Jawa Tengah.[1]:241
Penggunaan kendi tembikar dilazimkan dalam kalangan orang Melayu untuk tujuan menyimpan air beralih ganti dari bekas-bekas diperbuat dari buah labu dikeringkan.[6]
Remove ads
Kegunaan
Dalam adat
Masyarakat Melayu lebih mengaitkan "kendi" dengan bekas aluminum bertapak yang digunakan untuk membasuh tangan semasa menjamu selera di kenduri-kenduri terbuka dilakukan mereka.
Dalam adat perkahwinan dilakukan masyarakat Jawa Barat, mempelai wanita membasuh kaki pasangannya dengan air dari kendi melambangkan kesetiaan seorang isteri terhadap suaminya. Kendi ini juga digunakan untuk menyimpan air bunga yang digunakan dalam upacara siraman pada pengantin perempuan yang kemudiannya dipecahkan.[7]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
