Keflatulenan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Keflatulenan atau flatulens merupakan kehadiran sebatian gas dalam saluran pencernaan mamalia yang merupakan hasil sampingan proses pencernaan. Campuran gas sedemikian dikenali sebagai kentut, dan dibebaskan melalui jubur.
Penjelasan
Kentut dibebaskan dengan tekanan kuat atau perlahan baik dengan bunyi kedengaran atau sebaliknya keluar melalui dubur, dengan mana, akibat otot sfinkter dubur bertenang secara sengaja atau tidak sengaja. Ini membebaskan gas dari rektum bahagian bawah. Asasnya ini terjadi apabila tekanan kentut dalam rektum melampaui keupayaan sfinkter dubur untuk menahannya. Bergantung kepada keadaan semasa sfinkter (tenang/tegang) dan kedudukan punggung, ini seringkali menghasilkan sama ada bunyi bergemerisik atau bunyi trumpet, tetapi ia juga boleh berlaku secara senyap. Komponen olfaktori kentut termasuk sebatian skatole, indola dan sulfur.[1] Gas tidak berbau kebanyakannya merupakan nitrogen (dihadam), karbon dioksida (dihasilkan oleh organisma aerobik atau dihadam), dan hidrogen (dihasilkan oleh mikrob yang sama), termasuk juga sejumlah kecil oksigen (ditelan) dan metana (dihasilkan oleh organisma anaerobik).[2]
Kentut merupakan gas boleh terbakar, kerana metana dan hidrogen yang boleh terbakar, dan keduanya terdapat dalam kentut. Apa yang kurang diketahui ialah menyalakan mancis akan menghilangkan bau dari kentut. Ini kerana bau kentut datangnya dari hidrogen sulfida (dari makanan) yang akan terurai kepada wap air dan sulfur dioksida apabila diberi haba.[3]
Remove ads
Kandungan gas kentut
Gas kentut mengandungi hidrogen serta metana. Bau kentut biasanya lebih busuk jika perempuan yang melepaskannya berbanding lelaki, kerana kentut perempuan mengandungi lebih banyak gas hidrogen, serta punggung perempuan lebih besar, padat dan tebal yang akan menyimpan bau kentut yang lebih busuk.
Sudut pandangan masyarakat
Dalam kebanyakn kebudayaan, kentut di depan umum dianggap memalukan tetapi bergantung kepada keadaan juga jenaka. Seseorang cenderung untuk cuba menahan melapsakan kentut ketika berada dalam kumpulan, atau cuba meletakkan mereka dalam keadaan untuk menyembunyikan bunyi dan bau. Bagi sesetengah budaya, ia tidak berbeza seperti batuk.
Sungguhpun kentut biasanya secara umum dianggap kejadian malang dalam situasi umum, kentut, dalam sesetengah keadaan digunakan sebagai tambahan kepada jenaka ("tarik jari dan saya kentut"), atau aktiviti jenaka dalam dirnya sendiri.
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads