Kerajaan Beraja Bulgaria

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kerajaan Beraja Bulgariamap
Remove ads

Negara Beraja Bulgaria (Bahasa Bulgaria: Царство България, Tsarstvo Bǎlgariya), juga dirujuk sebagai Negara Tsar Bulgaria dan Negara Tsar Ketiga, adalah sebuah negara raja berperlembagaan, yang mana telah ditubuhkan pada 5 Oktober (O.S. 22 September) 1908 apabila negara Bulgaria diperbesarkan dari sebuah jajahan ke sebuah kerajaan beraja. Ferdinand I telah ditabalkan sebagai Tsar pada Deklarasi Kemerdekaan, disebabkan kerana rancangan ketenteraannya dan kerana mencari peluang untuk menyatukan seluruh tanah jajahan Balkan dengan etnik majoriti Bulgaria (tanah jajahan yang telah dirampas dari Bulgaria dan diberi kepada Empayar Uthmaniyah dalam Persetiaan Berlin).

Fakta Segera Царство БългарияTsarstvo Bŭlgariya, Ibu negara ...

Negara ini sentiasa berperang disepanjang kewujudannya, lantas diberikan nama "Prusia Balkan". Selama bertahun-tahun Bulgaria mengerahkan tentera darat yang berjumlah lebih 1 juta orang dari 5 juta jumlah penduduknya dan dalam dekad seterusnya (1910–20) ia terlibat dalam tiga peperangan Perang-Perang Balkan Pertama dan Kedua, dan Perang Dunia Pertama. Berikutan Perang Dunia Pertama, tentera darat Bulgaria telah dibubarkan dan dilarang wujud oleh kuasa Berikat, dan semua rancangan untuk penyatuan nasional tanah jajahan Bulgaria gagal. Kurang dari dua dekad kemudian Bulgaria sekali lagi berperang untuk penyatuan nasional sebagai sebahagian daripada Perang Dunia Kedua, dan sekali lagi mendapati dirinya di pihak yang kalah, sehingga ia beralih arah ke pihak Sekutu pada tahun 1944. Pada tahun 1946, pemerintahan monarki telah dimansuhkan, Tsar terakhirnya telah di buang negeri dan Negara Beraja telah digantikan oleh Republik Rakyat Bulgaria.

Remove ads

Lihat juga

Nota kaki

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads