Kloroform

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Klorofom atau triklorometana ialah sebuah sebatian organik dengan formula CHCl3 . Sebatian ini adalah tidak berwarna, berbau manis, cecair tumpat yang dihasilkan secara besar-besaran sebagai pelopor kepada PTFE dan penyejuk, tetapi permintaan yang semakin menurun. Ia adalah salah satu daripada empat klorometana dan merupakan suatu trihalometana.

Fakta Segera Nama, Pengecam ...
Remove ads
Remove ads

Struktur

Molekul ini menggunakan geometri molekul tetrahedron dengan simetri C3v.

Kejadian semulajadi

Jumlah fluks global klorofom yang melalui persekitaran adalah dianggarkan 660 000 tan setiap tahun, dan kira-kira 90% daripada pengeluaran adalah semula jadi. Pelbagai jenis rumpai laut menghasilkan klorofom, dan kulat dipercayai menghasilkan klorofom di dalam tanah.

Klorofom meruwap dengan mudah dari tanah dan permukaan air dan melalui degradasi dalam udara untuk menghasilkan fosgen, diklorometana, formil klorida, karbon monoksida, karbon dioksida dan hidrogen klorida. Separuh hayatnya di udara antara 55-620 hari. Biodegradasi dalam air dan tanah adalah perlahan. Klorofom tidak membiotumpuk dalam organisma akuatik dengan ketara.

Remove ads

Sejarah

The Discovery of Chloroform, bahasa isyarat, 1913

Klorofom telah disintesis secara bebas oleh dua kumpulan pada tahun 1831: Liebig menjalankan belahan alkali kloral, manakala Soubeirain memperoleh sebatian dengan tindak balas peluntur klorin dalam kedua-dua etanol dan aseton. Pada tahun 1835, Dumas menyediakan bahan melalui belahan trikloroasetik asid alkali. Regnault menyeediakan triklorometana dengan pengklorinan monoklorometana. Menjelang tahun 1850-an, kloroform telah dihasilkan secara komersial dengan menggunakan prosedur Liebig, yang mengekalkan kepentingannya sehingga 1960-an. Kini, triklorometana, bersama-sama dengan diklorometana disediakan semata-mata dan secara besar-besaran dengan pengklorinan metana dan monoklorometana.

Rujukan

Loading content...

Pautan luar

Loading content...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads