Kono Subarashii Sekai ni Shukufuku o!

Siri novel ringan Jepun From Wikipedia, the free encyclopedia

Kono Subarashii Sekai ni Shukufuku o!
Remove ads

Kono Subarashii Sekai ni Shukufuku o! (この素晴らしい世界に祝福を!, secara harfiahnya: "Sebuah Berkat di Dunia Yang Indah Ini!"), juga dikenali dengan tajuk antarabangsanya, KonoSuba: God's Blessing on this Wonderful World!, secara harfiahnya "KonoSuba: Berkat Tuhan di Dunia Yang Indah Ini!"; dan disingkatkan sebagai "KonoSuba") merupakan siri novel ringan Jepun ditulis oleh Natsume Akatsuki. Permulaan siri ini dihasilkan melalui siri novel web diterbitkan oleh Shousetsuka ni Narou pada Disember 2012 sehingga Oktober 2013. Selepas itu, Akatsuki menghasilkan siri ini semula dalam siri novel ringan bersama Kurone Mishima sebagai ilustrasi diterbitkan oleh Kadokawa Shoten penerbit Kadokawa Sneaker Bunko dari Oktober 2013 sehingga kini. Siri manga diilustrasikan oleh Masahito Watari diterbitkan siri ini oleh Fujimi Shobo dalam majalah Monthly Dragon Age dari Oktober 2014 sehingga kini. Radio CD drama dikeluarkan oleh HobiRecords dan siri anime diadaptasikan oleh Studio Deen ditayangkan di Jepun sebanyak dua musim, (musim pertama ditayangkan pada Januari sehingga Mac 2016 dan musim kedua ditayangkan pada Januari sehingga Mac 2017.)[3][4][5] Cerita pendek siri novel ringan bertajuk Kono Subarashii Sekai ni Bakuen o! telah dipasarkan pada Julai 2014. Siri ini telah mendapat reaksi positif dan kejayaan komersil.

Fakta Segera この素晴らしい世界に祝福を! (), Genre ...

Siri ini mengisahkan seorang remaja lelaki yang telah mati dan masuk ke dalam sebuah dunia fantasi lalu membentuk sebuah persatuan parti pelbagai fungsi seperti dewi, ahli sihir dan seorang perempuan pejuang perang untuk melawan raksasa.

Remove ads

Plot

Cerita ini mengisahkan seorang remaja yang juga seorang NEET yang telah mati dengan cara yang memalukan bernama Kazuma Satō. Di alam selepas mati, Kazuma bertemu dengan seorang dewi bernama Aqua yang telah menawarkan untuk menjelmakan semula Kazuma ke dalam suatu dunia selari berunsur MMORPG di mana dia boleh mengembara dan bertempur melawan raksasa. Walaupun Kazuma ditawarkan item berkuasa hebat atau kemampuan untuk digunakan di dunia baru tersebut, dia memilih Aqua untuk menemaninya ke bandar Axel kerana tindakan Aqua yang memprovokasi Kazuma. Berikutan itu, Aqua tidak dapat kembali ke alam selepas mati sehinggalah Raja Iblis dikalahkan. Kedua-duanya kemudian membentuk sebuah parti dan merekrut dua orang ahli lain; seorang ahli silap mata letupan yang bernama Megumin dan seorang pejuang masokistik yang bernama Darkness. Oleh sebab kemampuan parti itu yang tidak mampu berfungsi dengan baik, Kazuma dengan cepat melupakan hasrat untuk mengalahkan Raja Iblis dan berusaha menjalani gaya hidup yang mewah hanya. Namun begitu, pelbagai kejadian berlaku dalam kehidupan sehariannya yang memaksa dia dan partinya bertemu dan bertempur dengan jeneral-jeneral Iblis.

Remove ads

Watak

Persatuan Kazuma

Kazuma Satō (佐藤 和真, Satō Kazuma)
Disuarakan oleh: Ryōta Ōsaka (CD drama), Jun Fukushima (anime)[6][7]
Aqua (アクア, Akua)
Disuarakan oleh: Kaori Fukuhara (CD drama), Sora Amamiya (anime)[6][7]
Megumin (めぐみん)
Disuarakan oleh: Maaya Uchida (CD drama), Rie Takahashi (anime)[6][7]
Darkness (ダクネス, Dakunesu)
Disuarakan oleh: Marina Inoue (CD drama), Ai Kayano (anime)[6][7]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads