Landak

From Wikipedia, the free encyclopedia

Landak
Remove ads

Landak (Jawi: لندق) merupakan sejenis rodensia yang berbulu tajam seperti duri yang meliputi bahagian atas badan. Spesies-spesies landak ada dua keluarga iaitu keluarga Hystricidae yang bertaburan di Asia dan Afrika dan keluarga Erethizontidae yang ditemukan di Amerika Utara dan Amerika Selatan.[1] Spesies-spesies landak Hystricidae besar dan duduk di atas tanah manakala spesies-spesies landak Erethizontidae berbadan kecil dan boleh memanjat pokok-pokok hutan.[2]

Fakta Segera Pengelasan saintifik ...
Remove ads

Ciri fizikal

Badan seekor landak penuh dengan duri yang merupakan salah satu alat pertahanan landak yang berkesan. Sekiranya landak diserang atau terasa terancam, landak akan cuba melarikan diri dengan pantas ke dalam sarang mereka yang biasanya terletak di bawah tanah. Tetapi bukan semua spesies landak mempunyai bulu yang keras. Terdapat juga landak yang mempunyai bulu yang lembut seperti Trichys lipura di Borneo.

Remove ads

Tabiat

Seseekor landak itu mampu memecut dengan laju untuk melarikan diri daripada pemangsa seperti harimau. Sekiranya landak tidak sempat melarikan diri mereka, landak akan mengembangkan bulu kerasnya sehinggakan seluruh tubuh mereka kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras berceracakan. Sesetengah landak turut mengundurkan diri dengan laju ke arah pemangsa, menyebabkan durinya tercucuk kepada pemangsa tersebut.

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads