Langit

semua yang di atas permukaan Bumi From Wikipedia, the free encyclopedia

Langit
Remove ads

Langit (Jawi: لاڠيت) merupakan sebahagian atmosfera atau angkasa yang boleh dilihat dari permukaan mana-mana objek astronomi. Adalah sukar untuk mentakrifkan secara terperinci apa itu langit atas beberapa sebab. Pada waktu siang, langit Bumi kelihatan biru tua permukaannya hasil serakan cahaya matahari oleh udara.[1][2][3][4] Langit kadang-kala ditakrifkan sebagai zon bergas lebih mampat di atmosfera planet. Pada waktu malam, langit kelihatan seperti permukaan atau kawasan hitam yang ditaburi bintang.

Thumb
Dilihat dari altitud tinggi, warna langit berubah daripada pucat kepada gelap di ketinggian menghampiri rembang
Thumb
Langit bergolak
Thumb
Rembang langit kelihatan di tengah-tengah dalam gambar foto yang diambil melihat ke atas dari celah pohonan
Thumb
Awan mejadi jingga akibat matahari terbenam

Pada waktu siang, Matahari kelihatan di langit tetapi kadang-kadang dilitupi awan; bulan, planet-planet dan bintang-bintang kelihatan pada waktu malam (dan adakalanya pada waktu siang). Sesetengah fenomena semula jadi yang kelihatan di langit termasuk awan, pelangi, dan aurora. Kilat dan pemendakan juga boleh dilihat di langit ketika ribut. Di Bumi, burung, serangga, pesawat, dan layang-layang selalu dikatakan terbang di langit. Akibat kegiatan manusia, kabut ketika siang dan sinaran cahaya ketika malam sering kelihatan di atas bandar raya (lihat juga pencemaran cahaya).

Dalam bidang astronomi, langit juga dipanggil sfera cakerawala, iaitu sebuah kubah khayal dalam mana Matahari, bintang-bintang, planet-planet, dan bulan kelihatan bergerak. Sfera cakerawala terbahagi kepada rantau-rantau dipanggil buruj.

Perkataan "langit" diturunkan daripada akar Proto-Austronesia *laŋiC.[5]

Remove ads

Lihat juga

  • Udara
  • Sinaran langit baur — punca langit kelihatan biru
  • Kecerahan langit

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads