Leutnant zur See

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Leutnant zur See (Lt zS atau LZS) ialah pangkat pegawai muda paling rendah dalam Tentera Laut Jerman. Ia ditakrifkan sebagai OF1 dalam NATO, setaraf dengan Ensain dalam Tentera Laut Amerika Syarikat, dan acting sub-lieutenant dalam British Royal Navy.

Leftenan Laut
Leutnant zur See
Thumb
Papan
bahu
Jalur
lengan
Slip on
bahu
Negara
Jerman
Cabang perkhidmatanBendera tentera laut Jerman Tentera Laut Jerman
SingkatanLZS
Kumpulan pangkatPegawai muda
Diperkenalkan1890
Kod
NATO
OF-1
Pangkat tinggi seterusnyaOberleutnant zur See
Pangkat rendah seterusnya

Oberstabsbootsmann

Persamaan pangkatLeutnant (Tentera Darat & Tentera Udara)

Pangkat ini telah diperkenalkan dalam Tentera Laut Imperial Jerman dengan menamakan semula bekas pangkat Sekonde Lieutenant pada tahun 1890. Dalam konteks pegawai tentera laut pangkat ini hanya dipanggil sebagai Herr Leutnant. Untuk membezakan pegawai tentera laut daripada pegawai tentera darat, akhiran zur See (di laut) telah ditambah dalam komunikasi rasmi, kadangkala dipendekkan kepada z.S. atau Lt.z.S. Pangkat itu telah digunakan oleh Reichsmarine, Kriegsmarine dan Tentera Laut Jerman. Dalam Volksmarine pangkat itu pada asalnya digunakan dengan cara yang sama sehingga akhiran zur See digugurkan.

Remove ads

Lihat juga

  • Pangkat Bundeswehr Jerman
  • Lencana pangkat Bundeswehr Jerman
  • Lencana pangkat pegawai tentera NATO

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads