Dian
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Dian, turut disebut lilin, ialah sumbu menyala yang dibenamkan di dalam lilin, atau bahan pepejal lain yang mudah terbakar seperti gajih, sebagai sumber pencahayaan, dan juga wangian. Dian turut membekalkan haba mahupun sebagai kaedah mengukur masa.

Api dinyalakan pada sumbu di mana nyalaan ini akan menyejatkan lilin yang terkandung dalam sumbu. Lilin yang tersejat kemudiannya bercampur dengan oksigen di udara lalu membakar secara berterusan.
Remove ads
Komponen
Dian terdiri kepada dua bahagian utama:
- Batang - batang dian membekalkan bahan bakar utama. Bahan asas batang-batang tersebut dahulunya diperolehi daripada lemak-lemak haiwan (baik daripada lembu kambing, lebah mahupun paus); sehinggakan penjual dian sering berkunjung dari rumah ke rumah mengumpul sisa lemak yang diberikan orang seisi rumah.[1] Namun, parafin hasil penyulingan petroleum merupakan bahan paling lazim pada zaman moden.[2]
- Sumbu - sumbu bertindak menarik lilin yang cair melalui tindakan kapilari lalu ia dapat disejat dan dibakar. Tali biasa direndam dengan bahan kimia khas seperti ammonium nitrat dan ammonium sulfat[3] agar mendapatkan ciri khusus yang diingini daripada pembakaran sumbu ini.
Remove ads
Sifat
Kajian dilakukan ke atas nyalaan dian parafin moden mendapati penyalaan membakar sebanyak 0.1 gram dian seminit mengeluarkan haba sebanyak lebih kurang 80 W,[4] cahaya yang dihasilkan dari nyalaan ini sebanyak kira-kira 13 lumen dan keamatan berkilau (luminous intensity) kira-kira 1 unit candela.
Api yang dihasilkan mempunyai bahagian terpanas berwarna biru pucat dengan suhu setinggi 1400 °C, namun ia menghasilkan tenaga haba yang sangat rendah.
Remove ads
Penggunaan
Pencahayaan - termasuk aksesori berkaitan
Ia sering digunakan untuk menerangi ruang-ruang gelap kawasan yang dihuni terutama di Eropah Utara (pelita minyak lebih banyak digunakan di kawasan Mediterranean) sehingga berkembang luasnya penciptaan pencahayaan berasaskan elektrik pada abad ke-20. Pelbagai aksesori diwujudkan untuk tujuan ini termasuklah kaki dian, pemadam khas yang memadamkan dian dengan menutupnya (douter) hinggalah rerangka susunan khusus untuk tempat mewah seperti candelier.
Dunia moden kini masih menggunakan dian namun kegunaannya lebih khusus untuk menimbulkan ambien atau estetika tertentu dalam sesebuah ruangan. Ia juga digunakan dalam situasi di mana bekalan elektrik sekitaran terganggu atau terputus.
Mengukur masa
Tahap pembakaran dian yang cenderung mengikut kelajuan tertentu menjadikan dian bahan yang sesuai digunakan untuk mengukur masa; seluruh batang dian ditandakan mengikut jarak tertentu mewakili satu jam ia dibakar.
Tujuan keagamaan

Dian merupakan antara bahan utama dalam upacara agama Buddha selain setanggi dan bungaan di mana barangan ini dipersembahkan di hadapan patung atau gambar Buddha sebagai tanda hormat.[5] Cahaya dian yang dinyalakan sendirinya dilihat melambangkan cahaya ajaran yang dibawa oleh Siddartha Gautama Buddha sepertimana ditulis dalam penulisan dan kitab yang dipakai oleh mereka.[5][6]
Dian turut dilambangkan dalam agama Kristian melalui penggunaan dalam pencahayaan dan perhiasan dalam rumah ibadat seperti gereja dan katedral sebagai cahaya rahmat Tuhan atau Yesus Kristus; banyak dian diletakkan terutama di altar, dibawa oleh paderi-paderi yang berarak mahupun para jemaah gereja sendiri semasa mereka sembahyang.[7] Dian menyala juga dibawa semasa berhadapan dengan ikon tokoh-tokoh agama tertentu sebagai tanda penyerahan diri kepada Tuhan - lagi-lagi dalam mazhab gereja Ortodoks Timur, Ortodoks Oriental dan Katolik Timur.[8]
Penganut agama Yahudi lazim menggunakan dian untuk tujuan utama seperti ketika hari Sabbath dari saat ia dimulakan pada senja Jumaat sehinggalah ke senja hari Sabtu,[9] perayaan Hanukkah di mana sebatang dian dinyalakan untuk setiap hari pentahbisan semula Kuil Suci Jerusalem[10] serta memperingati sanak saudara dan sahabat handai yang telah meninggal dunia.[11]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads