Liter

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Liter merupakan unit untuk isipadu. Terdapat dua simbol untuk liter yakni huruf rumi L di dalam huruf kecil (l) dan huruf besar (L). Liter wujud di dalam beberapa versi sistem metrik; walaupun bukan merupakan unit SI, ia diterima untuk digunakan bersama unit SI. Unit antarabangsa untuk isipadu adalah meter padu (m³). Satu liter bersamaan dengan 1 desimeter padu (dm³).

Asal-usul

Perkataan "liter" diterbitkan daripada unit Perancis yang lebih tua, litron, yang mana nama ini datang daripada bahasa Yunani melalui bahasa Latin. Sistem metrik asal menggunakan liter sebagai unit asas.

Takrifan

Satu liter ditakrifkan sebagai sebuah panggilan khas untuk satu desimeter padu (1 L = 1 dm³). Maka 1 L = 0.001 (secara tepat). Jadi 1000 L = 1 m³.

Awalan SI digunakan pada liter

Liter boleh digunakan dengan mana-mana awalan SI. Milimeter adalah yang paling biasa digunakan, ditakrifkan sebagai satu per seribu liter (satu sebtimeter padu). Ia adalah pengukuran yang biasa digunakan, terutamanya di dalam ubatan serta masakan. Unit-unit lain boleh ditemukan di dalam jadual di bawah, istilah yang lebih selalu digunakan adalah bercetak tebal.

Maklumat lanjut Gandaan, Nama ...

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads