Lyndon B. Johnson
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Lyndon Baines Johnson (27 Ogos 1908-22 Januari 1973; Jawi: لاءيندن بينس جونسن) atau nama gelaran LBJ ialah ahli politik Amerika yang berkhidmat sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-36 dari tahun 1963 hingga 1969. Setelah melayari sebuah kerjaya yang panjang di Kongres Amerika Syarikat, Johnson berkhidmat sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1963 lalu menggantikan John F. Kennedy yang terbunuh.
Ia juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Minoriti Parti Demokrat di Senat. Sebagai presiden, ia bertanggungjawab untuk pengesahan beberapa undang-undang yang berunsur liberal, termasuk Gerakan Hak Sivil Amerika tahun 1955-1968, Medicare, program "War on Poverty". Itu semua terdapat dalam program Great Society. Secara berturut, LBJ meningkatkan kehadiran pasukan Amerika Syarikat semasa Perang Vietnam, dari 16,000 di tahun 1963 kepada 550,000 pada awal tahun 1968, di mana lebih daripada 1,000 tentera Amerika terbunuh setiap bulan.
LBJ dipilih semula pada tahun 1964, namun pencalonannya pada tahun 1968 gagal sebagai hasil pergolakan di dalam partinya, lalu ia mengumumkan bahawa ia tidak ingin meneruskan pencalonan. Johnson dikenali ramai kerana keperibadian yang gila kuasa dan mencengkeram ahli politik utama. Warisan jangka panjangnya sukar diukur, kerana kemajuan yang dicipta dalam bidang hak-hak sivil dan program "Great Society", dicacatkan oleh isu Perang Vietnam.
Kerana menggantikan Presiden Kennedy, pada masa jawatan pertama ia tidak didampingi oleh naib presiden. Lalu setelah terpilih dalam menjalankan masa jawatan kedua, ia didampingi oleh Naib Presiden Hubert H. Humphrey.
Suami Lady Bird Johnson ini meninggal dunia di tanah peternakan LBJ di Stonewall, Texas, pada 22 Januari 1973.
Remove ads
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads