MNC Vision

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

MNC Vision (mulanya disebut Indovision) merupakan sebuah stesen televisyen satelit berlangganan yang diselenggarakan oleh PT Media Nusantara Citra Skyvision (sebelumnya bernama PT Matahari Lintas Cakrawala). Syarikat yang didirikan pada tanggal 8 Ogos 1988 ini mula memasarkan produk perkhidmatannya pada awal tahun 1994 dan bertanggung jawab atas pemasaran program pengelolaan serta pelayanan kepada pelanggan.

Fakta Segera Jenis, Negara ...

Pada mulanya Indovision menggunakan perkhidmatan satelit Palapa C-2 untuk menggunakan transponder dan sistem penyiaran serta menggunakan analog dengan frekuensi C-Band.

Namun, kemudian dirancanglah projek pembuatan dan peluncuran satelit Indostar-1 atau yang kini lebih dikenal dengan nama "Cakerawarta-1" yang khusus menggunakan frekuensi S-Band yang lebih tahan terhadap perubahan cuaca, sesuai dengan keadaan daerah tropika pada umumnya serta memiliki jejak jangkawan (footprint) ke seluruh wilayah Indonesia. Adapun yang bertanggung mengelola dan mengoperasikan satelit tersebut adalah PT Media Citra Indostar yang didirikan pada 22 Julai 1991. Dengan satelit ini, dapat memberikan layanan pengagihan tayangan saluran-saluran televisyen berbayar tempatan dan luar negara melalui Indovision yang disajikan kepada para pelanggan di Indonesia dengan menggunakan penyahkod dan antena parabola mini berukuran diameter 80 cm.

Pada tahun 1997, Indovision melakukan pembaharuan dengan mengubah isyarat penayangannya dari analog menjadi digital. Pembaharuan ini dapat meningkatkan kualiti penerimaan gambar mahupun suara bagi pelanggannya.

Baik MNC SkyVision maupun Media Citra Indostar berada dalam kelompok usaha Media Nusantara Citra, yang bernaung di bawah sebuah induk perusahaan bernama Global Mediacom.

Remove ads

Perkakasan

Ada beberapa perkakasan yang diperlukan pelanggan untuk menonton saluran TV yang terdapat di INDOVISION:

  1. Penyahkod digital - Merupakan alat untuk mengembalikan isyarat dari bentuk tersulit ke bentuk asal.
  2. Viewing Card (Kad Tayang) - kad untuk boleh mencapai dan membuka kod tayang sehingga tayangan menjadi aktif.
  3. LNB-F
  4. 2 F penyambung
  5. Kabel 20 meter
  6. Kawalan jauh
  7. Parabola mini dengan diameter 80 cm
Remove ads

Senarai saluran

Saluran televisyen

[2]

     Saluran-saluran yang disorotkan dengan warna ini adalah saluran (SD).

     Saluran-saluran yang disorotkan dengan warna ini adalah saluran (HD).

Maklumat lanjut Saluran, Nama ...

Saluran radio

Maklumat lanjut Saluran, Nama ...
Remove ads

Riwayat Moto

  • Satu Visi Banyak Aksi (1994-2005)
  • Bukan yang Lain (2006-2019)
  • Pay TV Keluarga Indonesia (2020-kini)

Galeri logo

Pautan luar

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads