Magnolia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Magnolia
Remove ads

Magnolia ialah genus tumbuhan berbunga terdiri daripada kira-kira 210 hingga 340[a] spesies dalam subkeluarga Magnolioideae keluarga Magnoliaceae.

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Spesies jenis ...
Remove ads

Taksonomi

Genus ini dinamakan sempena ahli botani Perancis Pierre Magnol; ia mula diterangkan pada tahun 1703 dalam buku Genera[2] oleh Charles Plumier (1646–1704) untuk sebatang pokok berbunga dari pulau Martinique (talauma).

Botani

Pokok-pokok spesies dalam genus ini renek dan berdaun luruh.

Bunga

Kuntum-kuntum bunganya besar berbentuk mangkuk atau bintang berwarna putih, merah jambu, ungu, hijau atau kuning.[3] Setiap kuntum mempunyai 9–15 kelopak yang tidak membentuk ranggi,[4] kelopak-kelopak ini bercantum dalam tiga atau lebih pusaran.

Bunga-bunga ini mempunyai organ jantan dan organ betina; sangga dan tudung cepu debu dicantum (adnate) manakala sulur debu disusun kelun pada pudung bunga. Bunga pada spesies meluruh selalu muncul sebelum daun-daunnya pada musim bunga. Bunga-bunga genus ini didebungakan kumbang-kumbang yang tertarik dengan rembesan bergula dan wangi darinya.[4]

Buah

Buahnya muncul pada musim luruh berbentuk kerucut.[3]

Remove ads

Catatan

  1. Bilangan spesies dalam genus Magnolia bergantung pada pandangan taksonomi diambil. Kajian molekul dan morfologi baru menunjukkan genus-genus Talauma, Dugandiodendron, Manglietia, Michelia, Elmerrillia, Kmeria, Parakmeria, Pachylarnax dahulu (dan beberapa genus dengan spesies tunggal) termasuk dalam genus Magnolia s.l. (s.l. = sensu lato: 'dalam pengertian umum', lawan s.s. = sensu stricto: 'dalam pengertian sempit') yang sama; genus Magnolia s.s. mempunyai kira-kira 120 spesies.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads