Maharaja Yongle
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Maharaja Yongle (Wade-Giles: Yung-lo; 2 Mei 1360 – 12 Ogos, 1424), dilahirkan sebagai Zhu Di (Chu Ti) , merupakan maharaja ketiga dari Dinasti Ming yang telah memerintah China bermula daripada 1402 hingga 1424. Nama era baginda "Yongle" bermaksud "Kebahagiaan Kekal". Baginda secara umumnya dianggap sebagai maharaja Dinasti Ming teragung, dan merupakan salah seorang daripada maharaja-maharaja China yang teragung.
Baginda adalah seorang Putera Yan (燕王), yang memiliki pangkalan tentera yang kuat di Beijing. Baginda dikenali sebagai Chengzu dari Dinasti Ming (明成祖 juga ditulis Cheng Zu, atau Ch'eng Tsu (Cheng Tsu) di dalam Wade-Giles) selepas menjadi maharaja berikutan satu perang saudara. Perampasan takhta oleh baginda kini kadang kala dikenali sebagai "Penubuhan Kedua" Dinasti Ming.
Baginda telah mengubah ibu negara daripada Nanjing ke Beijing, dan telah membina Kota Larangan di sini. Selepas menjadi usang dan tidak digunakan semasa Dinasti Yuan dan pemerintahan Hongwu, Maharaja Yongle telah membaik pulih dan membuka semula Terusan Besar China ke ibu negara baru Beijing di utara bagi memastikan bekalan berterusan barangan dan bekalan makanan dari selatan. Baginda juga telah mentauliahkan semula penjelajahan laut oleh Zheng He. Semasa pemerintahan baginda, monumen Ensiklopedia Yongle telah disiapkan. Walaupun bapanya iaitu Zhu Yuanzhang keberatan semasa menjadi maharaja, Yongle menyokong peperiksaan perkhidmaan awam untuk merangka pegawai-pegawai berpedidikan kerajaan daripada menggunakan syor dan perlantikkan yang mudah.
Maharaja Yongle telah dimakamkan di Changling (長陵, "Makam Panjang"), makam tengah dan terpanjang di Makam Dinasti Ming.
Remove ads
Rujukan
Bacaan lanjut
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads