Masjid Sultan Ismail, Tanjung Agas
masjid di Tangkak, Johor, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Masjid Sultan Ismail, Tanjung Agas,Tangkak,Johor (Jawi:مسجد سلطان اسماعيل ،تنجوڠ اڬس، تڠكق ،جوهر) terletak di dalam Kampung Tanjung Agas Mukim Kesang Daerah Tangkak,Johor.Masjid ini terletak berhadapan masjid kembarnya di Muar iaitu Masjid Sultan Ibrahim.Masjid ini telah diurus dibawah pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri Johor melalui Pejabat Kadi Daerah Tangkak



Masjid ini mempunyai arkitektur seni bina Inggeris serta mempunyai dewan solat yang luas ,minbar yang dipengaruhi seni bina Turki dan Arab.Kapasiti Jemaah yang boleh menampung 7000-8000 jemaah dalam suatu masa.
Asal mulanya masjid ini dibina bersaing dengan Jambatan Kedua Muar,Lebuh Pintasan Muar(Bypass) dan telah dimasyhurkan pada 23/4/2004 oleh Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj,Tunku Mahkota Johor ketika itu.Masjid ini merupakan antara masjid yang terbesar di negeri Johor dan masjid ini merupakan Masjid kedua daerah Tangkak selepas Masjid Bandar Tangkak, Tangkak, Johor.
Pengurus :Pejabat Kadi Daerah Tangkak
Kadi Daerah : As-Syeikh Haji Khairuddin Bin Salimin
Imam Daerah : Imam Aminuddin Baki Bin Mahmud
Imam 1: Imam Nor Azlan Bin Masbor
Imam 2: Imam Muhammad Yazid Bin Mohammad Salih
Imam 3:Imam Mustaqim Bin Eidris
Bilal 1: Bilal Muhammad Azmi Bin Yacob
Bilal 2: Bilal Muhammad Jumat Bin Jamil
Bilal 3: Bilal Muhammad Hafizuddin
Noja 1: Rosli Bin Salleh
Pegawai PRA:Farid Bin Ali
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Masjid Sultan Ismail, Tanjung Agas |
Remove ads
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads