McDonnell Douglas DC-10
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
McDonell Douglas DC-10 adalah sebuah pesawat komersil berenjin tiga, berbadan lebar dan digunakan bagi penerbangan jarak jauh. Dua daripada enjinnya berpaut pada sayap-sayapnya manakala enjin ketiga terletak di ekor pesawat. Model ini dibina bagi menggantikan pesawat jarak jauh, Douglas DC-8. Model-model lain yang setara ialah Airbus A300, Boeing 747 dan Lockheed L-1011.
Remove ads
Sejarah
DC-10 adalah pesawat komersil berbadan lebar pertama bagi McDonnell Douglas dan dibina mengikut spesifikasi American Airlines. Penerbangan pertamanya pada 29 Ogos 1970 dan memasuki perkhidmatan pada tahun 1971.
Variasi
DC-10 dikeluarkan dalam lima jenis variasi:
- DC-10-10: Versi pertama dan dikeluarkan pada 1970. American Airlines dan United Airlines adalah pelanggan utamanya.
- DC-10-15: Juga dikenali sebagai DC-10 Sportdan sesuai untuk operasi di lapangan terbang yang terletak di tanah tinggi dan bercuaca panas.
- DC-10-30: Model yang paling umum dan dikeluarkan pada tahun 1972 dalam bentuk pesawat penumpang, kargo dan model boleh tukar penumpang kargo.
- DC-10-40: Pesawat DC10 berjulat jauh pertama dan hanya penerbangan-penerbangan Amerika Syarikat dan Japan Airlines membuat tempahan untuk model ini. Dikeluarkan pada tahun 1972.
- KC-10 Extender: Versi tentera dan digunakan juga sebagai pesawat tangki.
Remove ads
Spesifikasi
Lihat juga
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
- Lockheed L-1011 Tristar
- Airbus A330-200/300
- Boeing 767-400ER
- Boeing 787-8
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: McDonnell Douglas DC-10. |
- DC-10 page on Boeing.com
- DC-10 history on Boeing.com
- "Giant Tri-Jets Are Coming", Ben Kocivar, Popular Science, December 1970, Vol. 197, No. 6, ISSN 0161-7370, pp. 50-52, 116
- DC-10 on Aircraft-Info.net
- DC-10 & MD-10 page on Airliners.net
- McDonnell Douglas Trijet Network
- Early DC-10 concept
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads