Meghalaya
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Meghalaya sebutan (bantuan·maklumat) ialah sebuah negeri kecil di bahagian timur laut India / Timur Laut India. Nama "Meghalaya" bererti "Rumah Awan" dalam bahasa Hindi dan Sanskrit.
Meghalaya ialah sebatang jaluran berbukit di baahgian timur negera berukuran 300 km panjangnya (timur-barat) dan 100 km lebarnya, dengan jumlah keluasan kira-kira 22,429 km². Bilangan penduduk berjumlah 2,175,000 pada tahun 2000.
Negeri ini bersempadan dengan Assam di utara dan Bangladesh di selatan. Ibu negerinya ialah Shillong yang diduduki 260,000 orang.
Kira-kira satu pertiga kawasan negeri ini berhutan. Kawasan ekologi hutan subtropika Meghalaya merangkumi negeri; hutan gunungnya berbeza daripada hutan tropika tanah pamah di utara dan selatan. Hutan-hutan Meghalaya terkenal kerana biodiversiti mamalia, burung, dan tumbuh-tumbuhan.
Remove ads
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads