Miley Cyrus

Penyanyi, penulis lagu dan pelakon wanita Amerika Syarikat From Wikipedia, the free encyclopedia

Miley Cyrus
Remove ads

Miley Ray Cyrus yang dilahirkan sebagai Destiny Hope Cyrus, (lahir 23 November 1992) adalah seorang penyanyi, penulis lagu, pelakon dan pengarah dari Amerika. Dianggap sebagai ikon pop Cyrus telah diiktiraf kerana seni dan penampilan yang sentiasa berkembang. Beliau adalah anak kepada penyanyi Billy Ray Cyrus, dan dianggap sebagai salah satu contoh yang jarang berlaku bagi Bintang kanak-kanak yang mempunyai kerjaya hiburan yang berjaya sebagai orang dewasa. Cyrus muncul sebagai Idol remaja sebagai Watak Utama (Detektif Conan) Disney Channel dalam siri televisyen Hannah Montana (2006-2011), yang berkembang menjadi sebuah francais yang berjaya secara komersial. Sebagai Hannah Montana, dia mencapai kejayaan di Jadual Billboard dengan dua lagu yang menduduki tempat pertama.

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kehidupan awal

Miley adalah anak dari penyanyi country terkenal Billy Ray Cyrus dengan isterinya, Leticia "Tish" Cyrus. Beliau turut mempunyai beberapa orang adik-beradik iaitu Noah Lindsey, Brandi, dan Christopher Cody. Beliau digelar Miley kerana dahulu beliau selalu tersenyum sewaktu masih kecil. Beliau juga bersahabat dengan Emily Osment dan Mitchel Musso.

Kerjaya

Miley mulai berlakon buat pertama kali dengan membintangi siri TV Doc. Beliau kemudian membintangi filem Big Fish dan juga beberapa iklan komersil. Beliau mengikuti pelbagai uji bakat Disney sewaktu berusia 11 tahun. Namun, Disney menganggap beliau terlalu muda. Walau bagaimanapun, semangat Cyrus untuk membintangi siri TV membuatkan Disney memanggilnya kembali untuk uji bakat peranan menerusi Hannah Montana. Walt Disney Records turut melancarkan bunyi runut Hannah Montana di mana Cyrus menyanyikan 8 lagu sebagai Hannah Montana, dan 1 duet bersama ayahnya. Lapan bulan kemudian, album Hannah Montana 2: Meet Miley Cyrus dilancarkan. Pada bulan Disember 2007, majalah Forbes melaporkan hasil kekayaannya ialah 3.5 juta dolar AS, dan melayakkan beliau menduduki tangga ke-17 sebagai 'Artis di bawah usia 25 tahun yang berpendapatan tinggi'.

Remove ads

Filemografi

Kredit lakonan

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Sebagai dirinya sendiri

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Diskografi

Album

  • Hannah Montana 2: Meet Miley Cyrus (2007)
  • Breakout (2008)
  • Can't Be Tamed (2010)
  • Bangerz (2013)
  • Miley Cyrus and Her Dead Petz (2015)
  • Younger Now (2017)
  • She Is Coming (2019)
  • Plastic Hearts (2020)
  • Endless Summer Vacation (2023)
  • Something Beautiful (2025)

EP

  • The Time of Our Lives (2009)
  • iTunes Live from London (2009)

Album secara langsung

  • Hannah Montana & Miley Cyrus: Best of Both Worlds Concert" (2009)
  • Attention (Miley Live) (2022)

Hannah Montana

  • Hannah Montana (2006)
  • Hannah Montana 2 (2007)
  • Hannah Montana The Movie (2009)
  • Hannah Montana 3 (2009)
  • Hannah Montana Forever (2010)
Remove ads

Konsert jelajah

  • Best of Both Worlds Tour (2007–08)
  • Wonder World Tour (2009)
  • Gypsy Heart Tour (2011)
  • Bangerz World Tour (2014)
  • Milky Milky Milk Tour (2015)

Anugerah dan pencalonan

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads