Moët & Chandon
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads

Moët & Chandon (Sebutan bahasa Perancis: [mɔɛt‿e ʃɑ̃dɔ̃]),[1] atau juga dikenali sebagai Moët, ialah sebuah pengeluar anggur Perancis dan merupakan salah satu pemilik dari LVMH Moët Hennessy Louis Vuitton SE. Moët et Chandon merupakan salah satu pengeluar champagne terbesar dan salah satu yang terkemuka di dunia. Moët et Chandon diasaskan pada 1743 oleh Claude Moët, dan kiini memiliki 1,190 hektar (2,900 ekar) kebun anggur, dan setiap tahun telah menghasilkam sekitar 28.000.000 botol champagne.[2]
Remove ads
Sejarah
Moët et Chandon bermula dengan nama Moët et Cie[1], yang diasaskan oleh seorang saudagar anggur Épernay, Claude Moët pada tahun 1743,[3] dan mula menghantar anggurnya dari Champagne ke Paris. Pada tempoh kemimpinan Raja Louis XV, permintaan anggur berbuih meningkat. Hanya beberapa waktu setelah ditubuhkan, dan setelah anak Claude, Claude-Louis bergabung ke Moët et Cie, klien syarikat ini termasuk aristokrat dan tokoh-tokoh penting.
Pada tahun 1833, Moët et Cie bertukar nama kepada Moët et Chandon, setelah Pierre-Gabriel Chandon de Briailles, menantu Jean-Remy Moët, menyertai syarikat ini sebagai usahasama Jean-Remy Moët, cucu Claude Moët.[4]
Pasca pengenalan konsep champagne vintaj pada 1840, Moët memasarkan vintaj pertamanya pada tahun 1842. Jenama milik Moët yang paling laris, Brut Imperial, diperkenalkan pada dekad 1860-an. Sementara jenama milik Moët yang paling terkenal, Dom Perignon, diinspirasi dari nama seorang rahib Benedictin yang dikenang sebagai "Bapa Champagne".
Moët & Chandon bergabung dengan Hennessy Cognac pada 1971 dan dengan Louis Vuitton pada tahun 1987 untuk membentuk LVMH (Louis-Vuitton-Moët-Hennessy), pengeluar barangan mewah terbesar di dunia. Moët & Chandon juga memegang gelaran kontraktor kerajaan sebagai pembekal champagne untuk Ratu Elizabeth II.[5][3][6]
Pada tahun 2006, Moët et Chandon Brut Impérial melancarkan botol champagne edisi terhad yang diberi nama "Be Fabulous". Botol tersebut dihias dengan kristal Swarovski untuk menonjolkan keanggunan Moët et Chandon.
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads