Muka

bahagian tubuh yang terletak di hadapan kepala From Wikipedia, the free encyclopedia

Muka
Remove ads

Muka (Jawi: موک serapan Sanskrit: मुख mukha[1]) atau wajah (Jawi: وجه) merupakan bahagian hadapan kepala dari kaki rambut hingga ke dagu menempatkan organ-organ tidak sahaja untuk fungsi pancaindera malah untuk menunjukkan emosi.[2][3] Bahagian muka amat penting kepada pengenalan diri manusia sehingga sebarang kecacatan mahupun keparutan yang muncul diperhatikan empunya muka tersebut mampu menjejaskan keperibadiannya sendiri.[2]

Fakta Segera Muka موک‎, Butiran ...

Bahagian muka bermula di bawah garis rambut terletaknya dahi dan pelipis yang menghubungkan ke dua belah telinga. Di bawah pula adalah alis serta kelopak dan biji mata mengapit hidung. Hidung menghubung kepada mulut terdiri daripada bibir yang menutup gigi, kedua-dua rongga hidung dan mulut dikelilingi bahagian pipi sampai ke dagu.

Remove ads

Hubungan dengan masyarakat

Muka sering dikaitkan dengan kedudukan diri seseorang dalam kalangan masyarakatnya dalam sesetengah budaya tertentu.[4]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads