Mydin

From Wikipedia, the free encyclopedia

Mydin
Remove ads

Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN; Jawi: مايدين) merupakan sebuah rangkaian pemborong dan peruncit tempatan halal terbesar di Malaysia.

Fakta Segera Jenis/bentuk sah, Industri ...
Remove ads

Sejarah

Thumb
Pasar raya Mydin di Ayer Keroh, Melaka.

MYDIN telah diasaskan pada Ogos 1957 oleh Pengasas Allahyarham Tuan Mydin Mohamed di Kota Bharu, Kelantan.[1] Beliau membuka kedai pertamanya yang merupakan kedai papan kecil bernama Syarikat Mydin Mohamed di Jalan Tok Hakim, Kota Bharu, Kelantan dengan menjual barangan mainan dan barangan am dengan wang hasil titik peluh sendiri.[2] Dengan bantuan anak-anak beliau, perniagaannya mula berkembang ke Kuala Terengganu pada tahun 1979 dan kemudian membuka cawangan mereka di Lembah Klang di Jalan Masjid India pada tahun 1989. Sejak itu MYDIN telah berkembang dengan maju dan berjaya. Dengan visi untuk menjadi pengedar terkemuka di dunia yang memberi perkhidmatan yang kompetitif dan Halal di Malaysia, ia kini dikenali sebagai Mydin Mohamed Holdings Berhad.

Pada Julai 2013, MYDIN menceburi peruncitan premium dengan pembukaan outlet SAM'S Groceria yang membawa makna Saya Anak Malaysia di Pulau Pinang.

Menjelang Disember 2023, MYDIN kini mempunyai 68 cawangan di seluruh negara.

Remove ads

Senarai gedung

Berikut merupakan senarai gedung Mydin di Malaysia kemas kini akhir pada Mei 2021. Perlu diberi perhatian bahawa “Emporium” dan Mydin Mart beroperasi secara borong dan juga tidak berada dalam bangunan pusat membeli-belah.[3]

Maklumat lanjut Gedung, Lokasi ...
Remove ads

Lembaga Pengarah

  • Mydin Mohamed (Pengasas)
  • Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin (Pengarah Urusan)
  • Dato' Murad Ali (Pengarah Eksekutif)
  • Ahimmat Mydin (Pengarah Eksekutif)
  • Salim Mydin (Pengarah Eksekutif)
  • Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa (Pengarah)
  • Mumtaz (Pengarah)
  • Nadiya (Pengarah)
  • Malik Murad Ali (Pengarah IT)
  • Mirza Murad Ali (Pengarah Operasi)

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads