Agensi Keselamatan Negara
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Agensi Keselamatan Negara atau juga diterjemahkan sebagai Perkhidmatan Keselamatan Pusat (bahasa Inggeris: National Security Agency atau Central Security Service iaitu NSA atau CSS) merupakan agensi perisikan kriptologi Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang bertanggungjawab atas pengumpulan dan analisa komunikasi dan perisikan isyarat luar negara, serta melindungi komunikasi dan sistem maklumat kerajaan Amerika Syarikat[2] secara kriptanalisa dan kriptografi.
NSA diarah oleh sekurang-kurangnya seorang leftenan jeneral atau naib laksamana. NSA ialah sebuah komponen utama Komuniti Perisikan Amerika Syarikat yang diketuai oleh Pengarah Perisikan Negara. Perkhidmatan Keselamatan Pusat (CSS) ialah sebuah agensi sekedudukan yang diwujudkan untuk menyelaraskan kegiatan perisikan dan kerjasama antara between NSA dan agensi-agensi kriptanalisa tentera AS yang lain. Pengarah Agensi Keselamatan Negara berkhidmat selaku Komander Pusat Perintah Siber Amerika Syarikat dan Ketua Perkhidmatan Keselamatan Pusat.[3]
Mengikut undang-undang, usaha perisikan NSA terhad kepada komunikasi luar negara, tetapi pernah tercetusnya kejadian seperti kontroversi pemantauan tanpa waran.
Remove ads
Pertubuhan
Agensi Keselamatan Negara terbahagi kepada dua msi utama: Lembaga Pengarah Perisikan Isyarat (Signals Intelligence Directorate, SID) yang mendapatkan maklumat perisikan isyarat luar negara, dan Lembaga Pengarah Jaminan Maklumat (Information Assurance Directorate, IAD) yang melindungi sistem maklumat AS.[4]
Peranan

Misi pasang telinga NSA merangkumi pemintasan penyiaran radio dari pelbagai pertubuhan dan individu, Internet, perbualan telefon, dan bermacam-macam jenis komunikasi. Misi komunikasi selamatnya pula merangkumi komunikasi sensitif, sulit atau rahsia yang dijalankan oleh pihak tentera, diplomatik, dan badan-badan kerajaan yang laon. Ia disifatkan sebagai majikan ahli matematik yang terbesar di dunia,[5] dan pemilik kelompok superkomputer yang terbesar,[6] tetapi sentiasa berusaha untuk tidak menonjolkan diri. Selama bertahun-tahun, kewujudannya tidak diakui oleh kerajaan AS sehingga diberi jolokan "No Such Agency" (NSA) atau "Agensi Tak Wujud".
Menurut akhbar Washington Post, "Setiap hari, sistem pengumpulan di Agensi Keselamatan Negara memintas dan menyimpan 1.7 bilion e-mel, panggilan telefon dan bermacam-macam jenis komunikasi. Sebahagian maklumat itu diisih kepada 70 pangkalan data yang berasingan oleh NSA."[7]
Disebabkan tugasnya yang banyak melibatkan pendengaran, NSA/CSS banyak sekali terlibat dalam penyelidikan kriptanalisa yang menyambung kerja agensi-agensi terdahulu yang banyak memecah kod dan sifer Perang Dunia Kedua (misalnya, Purple, projek Venona, dan JN-25).
Selaras dengan Arahan Presiden Keselamatan Negara 54/Arahan Presiden Keselamatan Dalam Negeri 23 (NSPD 54) yang ditandatangani oleh Presiden Bush pada 8 Januari 2008, NSA menjadi agensi peneraju yang mengawasi dan melindungi segala rangkaian komputer kerajaan persekutuan daripada ancaman pengganasan siber.[2]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
