Naim Daniel

Pelakon, penyanyi dan penulis lagu Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Muhammad Naim Daniel Baharin (Jawi: محمد نعيم دانيال بهارين; lahir 9 September 1997) ialah seorang pelakon, penyanyi, penulis lagu dan komposer lelaki Malaysia.[1] Sepanjang kerjayanya sebagai pelakon, beliau telah membintangi sejumlah drama TV termasuk Ema Emyliana, Pia, Lelaki Lingkungan Cinta, Projek: High Council dan I.D. serta filem termasuk 29 Februari dan Bisik Pada Langit. Kerjaya muzik beliau bermula dengan melancarkan single sulungnya, "Sekali Lagi" yang dikeluarkan pada 2018.

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...
Remove ads

Kehidupan awal

Naim dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur, KL. Beliau ialah pemegang Diploma Muzik di Fakulti Muzik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.[2][3]

Kerjaya lakonan

Naim Daniel mula berkecimpung dalam dunia lakonan sebagai pelakon kanak-kanak.[4] Peranan lakonan pertama Naim ialah pada 2008 menerusi siri drama Internet, Jelma yang bersiaran di laman web gua.com.my. Sebagai pelakon baru ketika itu, Naim berlakon bersama pelakon berpengalaman termasuk Norman Hakim, Fauziah Nawi dan Aida Aris, yang mana beliau memegang watak sebagai Reza yang memiliki personaliti berbeza berbanding kanak-kanak lain.

Selepas Jelma, Naim muncul pula dalam drama Cucu Betong bersama Fizz Fairuz, Ezany Nizariff dan Sheila Rusly dengan memegang watak sebagai Raqib. Beliau muncul dalam dua siri drama televisyen serentak pada 2011, iaitu Gemilang sebagai Saifullah kecil dan Cinta Elysa sebagai Imran, kedua-dua drama ini disiarkan di TV3.

Pada tahun 2012, Naim memegang watak sebagai Ibrahim dalam telefilem bertajuk Sebelum Kiamat yang berkisarkan tentang Ibrahim yang berhasrat ingin bertemu dengan ibu kandungnya yang telah terpisah daripadanya sejak kecil, sebelum kedatangan Hari Kiamat. Telefilem ini turut dibintangi oleh Soffi Jikan, Zamarul Hisham, Sherie Merlis dan Noorkhiriah. Pada tahun 2022, Naim meneruskan kerjaya lakonannya dengan membintangi siri televisyen astro iaitu Projek: High Council yang turut dibintangi oleh Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Nadhir Nasar dan lain-lain.

Remove ads

Kerjaya muzik

Kerjaya muzik Naim bermula apabila kerap membuat lagu saduran di Instagram beliau dan berjaya menarik minat peminat kerana suaranya yang merdu.[5] Pada tahun 2018, Naim mengikat kontrak dengan syarikat rakaman World Peace Entertainment yang baru ditubuhkan dan muncul bersama dua single serentak, iaitu "Sekali Lagi" dan "Sempurna".[6][7]

Kontroversi

Hak cipta bersama "Sumpah"

Selepas hampir seminggu lagu "Sumpah" dinobatkan sebagai Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu ke-34, timbulnya isu yang cukup kontroversi diantara Naim dengan bekas kekasihnya yang juga merupakan bekas pelakon dan penyanyi, iaitu Dayana Amerda. Dayana tampil membuat kenyataan kepada pihak media yang mendakwa bahawa lagu "Sumpah" nyanyian Naim ialah hasil ciptaan bersama mereka pada tahun 2015. Dayana dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan dan sikap tidak jujur Naim. Ini disebabkan Naim tidak mendaftarkan nama Dayana sebagai pencipta bersama sebaliknya hanya meletakkan namanya sendiri bersama Omar K sebagai pencipta mutlak lagu tersebut.[8] Bagaimanapun, Naim serta pihak pengurusannya kemudian tampil membuat kenyataan balas dengan menyarankan agar Dayana tampil mengemukakan bukti kukuh yang mengatakan bahawa beliau adalah pencipta bersama lagu tersebut. Namun, kenyataan balas daripada Naim tersebut dikhabarkan telah menyinggung perasaan keluarga Dayana. Ini kerana mereka berasa sangat kecewa apabila Naim Daniel telah menafikan hak Dayana sebagai pencipta bersama dalam lagu tersebut.[9] Bagaimanapun, pihak pengurusan Naim telah menegaskan bahawa lagu Sumpah kekal milik Naim dan Omar K. Mereka menjelaskan lagi Dayana boleh tampil menuntut sebarang hak penciptaan bersama sekiranya beliau berjaya mengemukakan bukti kukuh yang membuktikan bahawa beliau adalah pencipta bersama lagu tersebut.[10]

Penarikan semula gelaran Juara Lagu 34

Berhubung isu hakcipta Naim Daniel dan Dayana Amerda yang sedang hangat diperkatakan, ramai pihak yang mendesak agar gelaran Juara Lagu ditarik semula daripada Naim Daniel. Namun menurut kenyataan Ajai, iaitu selaku ketua juri Anugerah Juara Lagu ke-34, beliau tidak menerima sebarang arahan daripada pihak TV3 untuk berbuat demikian kerana berasakan tindakan tersebut adalah tidak wajar untuk dilakukan. Ini kerana Ajai beranggapan bahawa lagu tersebut sememangnya layak untuk menang dan pihak juri tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengangkat lagu Sumpah sebagai Juara Lagu ketika itu. Ini kerana lagu tersebut adalah sememangnya karya asal milik penyanyi itu sendiri dan bukannya diciplak. Sebaliknya hanya terjadi perselisihan faham diantara pencipta lagu tersebut. Namun begitu, Ajai juga sempat memberikan peringatan kepada penyanyi-penyanyi muda masa kini agar untuk lebih bersikap jujur dalam berkarya, dan bukannya untuk mengejar populariti semata-mata berikutan industri muzik masa kini yang tidak lagi seperti di zaman 80an dan 90an dimana hanya ada satu pencipta dalam sesebuah lagu. Disebabkan terjadinya isu seperti ini, Ajai juga berpesan sekiranya terdapat lebih daripada satu pencipta dalam penghasilan sesebuah lagu, maka nama mereka juga harus disertakan bersama agar pembahagian royalti kelak dapat dibahagikan secara adil.[11]

Tuduhan amang seksual

Pada 17 Jun 2025, Naim Daniel telah didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor, pada 19 Mei 2025, jam 8.56 malam. Tuduhan ini dibuat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792), yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika disabitkan. Naim mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut, dan mahkamah menetapkan 18 Ogos 2025 untuk sebutan semula kes. [12]

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Diskografi

Album

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran album ...

Single

Sebagai artis utama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Lagu-lagu lain

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads