Naqab
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Naqab (Arab: ٱلنَّقَب, rumi: an-Naqab, Ibrani: הַנֶּגֶב, rumi: ha-Négev, diinggeriskan kepada Negev) ialah sebuah kawasan padang pasir dan separa gurun di bahagian selatan entiti Israel bahagian barat Timur Tengah. Gurun ini merupakan muka bumi tertua ditemukan bertarikh 1.8 juta tahun dahulu.[1][2]

Gurun ini dimasukkan dalam kawasan Palestin Bermandat pada 10 Julai 1922 diizinkan oleh wakil British St John. Philby "atas nama Trans-Jordan". [a] Walaupun begitu, rantau ini kekal dalam pemilikan eksklusif orang Arab Palestin sehingga 1946 di mana Rancangan Morrison–Grady yang hendak memperuntukkan kawasan itu kepada negara Arab lalu Agensi Yahudi segera melaksanakan penempatan orang diaspora Yahudi di sana;[4][5] kesannya dalam tempoh setahun membawa kepada Rancangan Pembahagian Palestin diaturkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan kawasan Naqab kepada pihak Israel.
Kawasan gurun ini turut menempatkan suatu masyarakat Badwi sebanyak 25% kependudukan setempat (sebanyak 160,000 orang) manakala selebihnya dari kaum Yahudi sebanyak 470,000 orang atau 75%.[6] Kota Beersheba merupakan petempatan terbesar di rantau ini serta selaku ibu kota pemerintahan utama.
Remove ads
Penamaan
Nama Naqab meminjam dari bahasa Arab bermaksud "jalan sempit gunung" (طريق ضيّق في جبل)[7] atau "laluan [gunung]"[8][9] dari akar ن ق ب bermaksud "merentas, menembus, melalui".[10][7] Negev pula meminjam dari bahasa Ibrani yang bermaksud "kering" atau "selatan"; maksud kedua ini digunakan dalam terjemahan Kitab Perjanjian Lama.[11]
Geografi
Muka bumi
Gurun ini dipenuhi gunung-ganang berbatu perang bertaburan antara wadi dan kawah dalam. Kawasan gurun ini terbahagi kepada lima kawasan ekologi tersendiri iaitu kawasan utara yang menghampiri iklim Mediterranean bertanah subur dan cukup hujan, kawasan barat, kawasan tengah, kawasan penara tinggi dan lembah Arabah.
Suhu dan iklim
Wilayah Negev beriklim kering terletak di sebelah timur gurun Sahara dan jauh selatan dari pesisiran timur Laut Tengah Palestin/Israel berkedudukan dalam garis selari utara ke-31: kota Eilat hanya mendapat curahan hujan setinggi rata-rata 31 mm setahun sambil kosong dari bulan Jun sampai Oktober.[12] Bandar-bandar di kawasan utara gurun seperti Beersheba separa gurun.
Remove ads
Nota
- Biger described this meeting as follows: "Sovereignty over the Arava, from the south of the Dead Sea to Aqaba, was also discussed. Philby agreed, in Trans-Jordan's name, to give up the western bank of Wadi Arava (and thus all of the Negev area). Nevertheless, a precise borderline was still not determined along the territories of Palestine and Trans-Jordan. Philby's relinquishment of the Negev was necessary, because the future of this area was uncertain. In a discussion regarding the southern boundary, the Egyptian aspiration to acquire the Negev area was presented. On the other hand the southern part of Palestine belonged, according to one of the versions, to the sanjak (district) of Ma'an within the vilayet (province) of Hejaz. King Hussein of Hijaz demanded to receive this area after claiming that a transfer action, to add it to the vilayet of Syria (A-Sham) was supposed to be done in 1908. It is not clear whether this action was completed. Philby claimed that Emir Abdullah had his father's permission to negotiate over the future of the sanjak of Ma'an, which was actually ruled by him, and that he could therefore 'afford to concede' the area west of the Arava in favour of Palestine. This concession was made following British pressure and against the background of the demands of the Zionist Organization for direct contact between Palestine and the Red Sea. It led to the inclusion of the Negev triangle in Palestine's territory, although this area was not considered as part of the country in the many centuries that preceded the British occupation."[3]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
