Atur Cara Kawalan Rangkaian

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Atur Cara Kawalan Rangkaian (bahasa Inggeris: Network Control Program, NCP) ialah atur cara yang menyediakan lapisan tengah dalam tindanan protokol yang berjalan pada komputer-komputer hos bagi ARPANET, pendahulu Internet masa kini.

NCP datang sebelum Protokol Kawalan Penghantaran (TCP) sebagai protokol Lapisan Penghantaran yang digunakan semasa ARPANET masih baru. NCP adalah protokol ringkas yang menggunakan dua alamat port untuk membuat dua hubungan bagi komunikasi dua arah. Sebuah port ganjil dan genap telah disimpan untuk aplikasi atau protokol Lapisan Penggunaan. Pemiawaian TCP dan UDP mengurangkan keperluan untuk menggunakan dua port simpleks untuk setiap penggunaan kepada satu port dupleks tunggal.[1]

Remove ads

Sejarah

NCP menyediakan sambungan dan kawalan alir antara proses-proses yang sedang berjalan pada komputer hos ARPANET berlainan. Perkhidmatan aplikasi, seperti emel dan pindahan fail, dibina di atas NCP, menggunakannya untuk mengendalikan sambungan ke komputer hos lain.

Pada ARPANET, protokol-protokol dalam Lapisan Fizikal, Lapisan Pautan Data dan Lapisan Rangkaian yang diguna dalam rangkaian dilaksanakan pada Pemproses Pesanan Antara Muka (IMP) berasingan. Hos biasanya disambungkan kepada IMP menggunakan jenis antara muka lain, berlainan tentuan lapisan fizikal, pautan data dan rangkaian. Kebolehan IMP dinyatakan dalam Protokol Hos/IMP dalam Laporan BBN 1822.

Oleh kerana lapisan protokol lebih bawah disediakan oleh antara muka hos IMP, NCP menyediakan secara khusus satu Lapisan Pengangkutan yang terdiri daripada Protokol Hos-ke-Hos ARPANET (ARPANET Host-to-Host Protocol, AHHP) dan Protokol Sambungan Permulaan (Initial Connection Protocol, ICP). AHHP menakrifkan tatacara-tatacara untuk menghantar strim data terkawal aliran ekaarah antara dua hos. ICP pula menakrifkan tatacara untuk memulakan pasangan dwiarah bagi strim sedemikian antara dua proses hos. Protokol aplikasi (contohnya FTP) mencapai perkhidmatan rangkaian menerusi lapisan atas NCP, pelopor kepada antara muka soket Berkeley.

Remove ads

Peralihan kepada TCP/IP

Pada 1 Januari 1983 yang dikenali sebagai flag day, NCP dengan rasminya dijadikan usang apabila ARPANET menggantikan protokol-protokol rangkaian terasnya daripada NCP kepada suit protokol TCP/IP yang lebih fleksibel dan berkemampuan.[2]

Catatan

Bacaan lanjut

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads